Oleh Nur Azilah Sudin
SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi, 28–30 November 2025 — Program Khidmat Bakti Mahasiswa 1.0 anjuran Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh (KAHS) dengan kerjasama Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari melibatkan penyertaan hampir 50 orang mahasiswa dan pegawai universiti.
Program ini memfokuskan usaha memperindah kawasan sekolah serta mengukuhkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan berasaskan komuniti dan kelestarian.


Pengisian Program dan Sumbangan Mahasiswa Sepanjang tempoh pelaksanaan, peserta telah menjalankan beberapa aktiviti berstruktur merangkumi:Mengecat dan memulihara pasu bunga sekolah,Menyusun semula dekorasi landskap mini, Gotong- membersihkan kawasan sekolah dan mengindahkan sudut-sudut tertentu sebagai ruang pembelajaran yang lebih kondusif.
Penggunaan kemahiran teknikal oleh mahasiswa FTV turut menyumbang kepada hasil kerja yang lebih kemas dan berkualiti.
Program Khidmat Bakti Mahasiswa 1.0 anjuran KAHS dengan kerjasama FTV mendapat sokongan padu pegawai termasuk Puan Safarina binti Mat Nawawi, Encik Mohamad Ashraf bin Ahmad dan Encik Muhamad Haikal bin Musa (Ketua Felo), serta penyelaras FTV bagi aspek teknikal.


Melibatkan hampir 50 mahasiswa, program ini membina nilai kepimpinan, kerjasama dan tanggungjawab sosial, sambil memperindah persekitaran sekolah dan mengeratkan hubungan universiti-komuniti. Inisiatif berasaskan kelestarian ini bukan sahaja memberi impak positif kepada sekolah dan mahasiswa, malah meneguhkan identiti mahasiswa sebagai agen perubahan yang proaktif, beretika dan berdaya saing kesukarelawanan pada masa hadapan.
