Oleh: Nur Alyaa Natasha Mohd Idris

Tanjong Malim, 20 Disember 2025– Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS), Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program PERMAS Family Day 25/26 yang berlangsung di Padang Bola Sepak 1, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Sambutan ini melibatkan 469 orang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan Kepujian serta pensyaraf dan staf Jabatan Sejarah.

Program PERMAS Family Day ini merupakan program yang dikelolakan oleh Exco Sukan dan Rekreasi Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar dan pensyarah jabatan Sejarah serta dapat membentuk sikap kerjasama yang utuh dalam setiap pasukan. Sepanjang program berlangsung, peserta diberi peluang dan pengalaman berkejasama dengan batch masing-masing untuk memenangi pelbagai jenis sukan. Aktiviti dan sesi fotografi turut diadakan bagi merakam detik-detik bermakna sepanjang program.

Para peserta menyokong batch masing-masing

Program PERMAS Family Day memberi impak yang sangat positif kepada para peserta kerana ia berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar PERMAS. Program ini menyediakan ruang interaksi yang santai dan bermakna, sekali gus membantu mengurangkan jurang antara pelajar serta mewujudkan suasana kebersamaan yang lebih harmoni. Melalui penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan, para peserta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain. Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja meninggalkan kenangan manis kepada para peserta, malah berjaya membentuk ikatan persahabatan yang lebih kukuh serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan ahli PERMAS.

Impak daripada pelaksanaan sambutan ini telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada rata-rata mahasiswa/i yang berpuas hati dengan program yang dianjurkan. “Family Day kali ni dapat menyatukan kami batch semula,” kata seorang peserta.

Dapat disimpulkan bahawa program PERMAS Family Day ini telah memberi impak yang positif kepada Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS). Penganjuran program ini telah memberi pendedahan secara langsung terhadap pentingnya mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan pensyarah dalam jabatan sejarah bagi mewujudkan kesepaduan dan suasana yang harmoni dalam membina jalinan ukhwah yang kuat antara satu sama lain.