Oleh: Mohd Raizol Ramli

Jakarta, 02 Januari 2026 – Program MESRA International Volunteering Programme (IVP) 3.0 anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula dengan penuh bermakna menerusi ketibaan rasmi delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta, Jakarta, Indonesia. Program akan berlangsung 2 hingga 6 Januari 2026 bertempat di Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin (UINSMH), Banten dan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung Indonesia. Penglibatan 24 orang peserta terdiri daripada 5 orang pegawai dan 20 orang mahasiswa UPSI, Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebagai kekuatan delegasi ini.

Penganjuran kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya aktiviti kesukarelawanan UKLK, UPSI dilaksanakan di luar negara, sekali gus menandakan peluasan jaringan antarabangsa dalam usaha memperkukuh pemerkasaan mahasiswa melalui khidmat komuniti global.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Profesor Dr. Norkhalid Salimin, sifatkan, penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarelawan amat penting selari dengan tuntutan masyarakat masa kini.

“Aktiviti kesukarelawanan bukan sahaja membentuk keprihatinan sosial, malah melahirkan mahasiswa yang berdisiplin, berempati dan bertanggungjawab terhadap komuniti sekeliling,” katanya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI,
Profesor Dr. Norkhalid Salimin

Beliau turut menegaskan bahawa program seperti MESRA IVP 3.0 mampu menjadi platform berkesan untuk menyemai nilai kemanusiaan dan kepimpinan.

“Melalui program ini, mahasiswa dapat belajar untuk menyumbang secara langsung kepada masyarakat sambil membina jaringan persahabatan dan kerjasama antarabangsa,” tambah beliau.

Pengetua UKLK UPSI, Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob bersama peserta program MESRA: International Volunteering Programme (IVP 3.0) di Jakarta, Indonesia

Kerjasama global antara UPSI bersama UINSMH dan UPI diperkukuh melalui pengisian utama lawatan rasmi dan sesi perkongsian akademik bersama pimpinan universiti, pensyarah dan mahasiswa tempatan, yang memfokuskan amalan terbaik dalam pendidikan tinggi serta pembangunan potensi mahasiswa.

Pengetua UKLK, Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani bin Che Kob, yang mengetuai sesi perbincangan akademik, menegaskan kepentingan program ini sebagai medium memperkukuh kerjasama pendidikan rentas negara.

Pengetua UKLK, Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob

“Selain aktiviti kesukarelawanan, program ini berperanan untuk berkongsi amalan terbaik berkaitan pendidikan, pengurusan hal ehwal pelajar dan pengurusan organisasi badan pelajar dalam kalangan peserta tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Pengarah Program, Umar Hafizi bin Masriakib, menggariskan penglibatan nilai kesukarelawanan dan kepimpinan global dalam membentuk mahasiswa holistik.

Pengarah Program MESRA: International Volunteering Programme 3.0, Umar Hafizi Masriakib

Pengetua UKLK, Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani bin Che Kob, yang mengetuai sesi perbincangan akademik, menegaskan kepentingan program ini sebagai medium memperkukuh kerjasama pendidikan rentas negara.

“Selain aktiviti kesukarelawanan, program ini berperanan untuk berkongsi amalan terbaik berkaitan pendidikan, pengurusan hal ehwal pelajar dan pengurusan organisasi badan pelajar dalam kalangan peserta tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Pengarah Program, Umar Hafizi Masriakib, menggariskan penglibatan nilai kesukarelawanan dan kepimpinan global dalam membentuk mahasiswa holistik.

“Penglibatan mahasiswa bukan sahaja daripada pelajar Malaysia malah turut disertai oleh pelajar daripada negara Palestine dan China. Program seperti ini mampu menggilap potensi kepimpinan melalui sesi perkongsian bahkan keprihatinan sosial kepada masyarakat global, sekali gus melahirkan diri mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga bertanggungjawab kepada masyarakat,” ujarnya hari ini.

Kerjasama UPSI-UIN-UPI diperkukuh dengan penyertaaan daripada UM, UMT dan UTP melalui sesi perbincangan kepimpinan, yang memberi fokus kepada pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pelajar. Sesi ini dilihat berupaya meningkatkan keyakinan diri, kemahiran insaniah serta keupayaan bekerja dalam pasukan pelbagai latar belakang. Selain pengisian akademik, peserta turut menyertai lawatan kampus bagi mengenali fasiliti utama universiti dan memahami sistem pendidikan tinggi di Indonesia.