AKTA Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sewajarnya dikekalkan sebagai rangka perundangan utama yang relevan dalam memacu kecemerlangan institusi pendidikan tinggi (IPT) negara.

Foto ihsan dari edisi9

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr. Mohd Izani Mohd Zain berkata, kepentingan mengekalkan AUKU adalah berasaskan faktor dasar yang menjamin kestabilan dan kemajuan ekosistem universiti secara keseluruhan.

Menurut beliau, AUKU merupakan tulang belakang penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti awam di Malaysia sejak dikuatkuasakan pada April 1971.

Beliau berkata, sifat dinamiknya terbukti melalui lapan pindaan yang telah dilakukan termasuk penambahbaikan aspek tatakelola serta pengurusan aktiviti pelajar.

“Kesediaan kementerian untuk terus mengkaji dan menggantikan mana-mana peruntukan yang tidak lagi relevan adalah bukti bahawa akta ini sentiasa ditambah baik bagi menjamin kebebasan akademik dan memenuhi keperluan semasa institusi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

– sumber edisi9