oleh: Arissa Hasya Auni
Serdang, 5 Februari 2026 – Seramai 22 orang editor jurnal UPSI menyertai Lawatan Penandarasan yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini yang dianjurksn oleh Pejabat Karang Mengarang (PKM)
Delegasi UPSI ini diketuai oleh wakil Pengarah PKM, Dr Laili Farhana Md Ibharim, Timbalan Pengarah (Penarafan dan Pengantarabangsaan) PKM.
Sesi ini bermula jam 11.00 pagi, terlewat daripada jadual asal kerana bas delegasi UPSI terpaksa menggunakan jalan alternatif akibat laluan lebuh raya PLUS terhalang kerana kemalangan maut di KM 433 arah selatan.



Dr Laili Farhana berkata tujuan delegasi ke UPM bagi mendapatkan amalan terbaik universiti tersebut dalam pengurusan jurnal, menjalinkan kerjasama strategik antara PKM dan Penerbit UPM selain memperkasakan pengurusan Editor Jurnal UPSI dengan pendedahan kepada Ketua Editor Jurnal.
Pengarah Penerbit UPM, Profesor Ir Ts Dr Mohamed Thariq Ahmed Sultan dalam aluannya mengalukan kehadiran delegasi UPSI seterusnya berkongsi sejarah penubuhan Penerbit UPM termasuk jurnal utama mereka iaitu Pertanika Journal, amalan terbaik Penerbit UPM dan juga pencapaian dan anugerah yang diterima.
Profesor Dr Thariq turut berkongsi mengenai tips permohonan pengindeksan Scopus dan WoS sesuai dengan rekod cemerlang beliau mempunyai lebih 320 kertas jurnal berindeks Scopus selain berkongsi proses penerbitan di UPM.



Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Strategik dan Pengurusan Jurnal dan Buku Penerbit UPM, Dr Puvaneswaran Kunasekaran dan Timbalan Pengarah Pengurusan Operasi dan Perkhidmatan, Penerbit UPM, Dr Khairunnisak Latiff.
Beberapa orang delegasi UPSI turut mengambil peluang untuk bertanyakan soalan dalam sesi soal jawab, antaranya Profesor Madya Dr Wan Mohd Nuzul Hakimi Wan Salleh, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Noorazlan Abd Azis dan Dr Elsayed Makki ElbishrAli Hassan selain Dr Lali Farhana.
Timbalan Pendaftar Kanan PKM yang juga Ketua Seksyen Penerbitan Jurnal, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain berkata sesi ini dihadiri oleh empat kakitangan Seksyen Penerbitan Jurnal. Kehadiran mereka penting bagi memantapkan pengurusan jurnal UPSI dengan mengambilkira amalan terbaik pengurusan jurnal di UPM.


Sementara itu, Dr Lali berkata PKM akan membuat kompilasi tips penjanaan, pengindeksan, kolaborasi, sitasi dan anugerah yang dikongsi Profesor Dr Thariq sebagai panduan kepada sidang editor jurnal UPSI.
Ketika ditanya tentang kerjasama strategik antara PKM dan Penerbit UKM, Dr Laili melihat lawatan ini membuka jalan untuk kerjasama seterusnya.
“Profesor Dr Thariq menawarkan kerjasama penerbitan UPSI dan UPM melalui buku berindeks Scopus” kata Dr Lali ketika mengakhiri perbualan.

