Oleh: Nur Amirah Rohim

Tanjong Malim, 29 April 2025 – Sempena menyambut Syawal 1446H, Kelab Al-Mursyidin (AMC) telah berjaya menganjurkan Majlis Raikan Syawal bertemakan “Merai Ukhuwah Al-Mursyidin Club” dengan penuh meriah dan jayanya.

Majlis ini disambut dengan kehadiran seramai lebih kurang 160 orang peserta yang tampil segak dan anggun dengan pakaian raya masing-masing serta membawa juadah potluck.

Majlis telah dirasmikan dengan penuh penghormatan oleh Penasihat Kelab Al-Mursyidin, Ustaz Mohd Ali Abdul Malek.

Program ini merupakan satu wadah pertemuan antara barisan pimpinan dan ahli Kelab bagi mempererat ukhuwah dalam keberkatan Syawal, menyemai nilai persaudaraan dan kekeluargaan dalam kalangan ahli.

Bagi memeriahkan suasana, pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan termasuk Kuiz Meriah Lain Macam, Persembahan Khas Nyanyian Raya, serta QR Meriah Lain Macam.

Berkat kehadiran semua, suasana menjadi lebih ceria dengan gelak tawa dan senyuman yang terukir – menjadikan majlis ini salah satu kenangan terindah dalam sejarah aktiviti kelab.

Majlis melabuhkan tirainya sekitar jam 10 malam, diakhiri dengan trend Raya sebagai simbolik penutup program yang bermakna ini.

Majlis ini bukan sekadar sambutan, tetapi menjadi lambang kesatuan hati dan semangat kekeluargaan dalam Kelab Al-Mursyidin. Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dan menjadi asas kepada kejayaan program-program akan datang.