Dr Luqman sedang memberi tazkirahDr Luqman sedang memberi tazkirah

oleh Arissa Hasya Auni

Tanjung Malim, 5 Disember 2025  –  Pejabat Karang Mengarang (PKM) menjadi hos penganjuran Majlis Portfolio Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan InovasI (TNC (PI) Bermunajat yang berlangsung pada hari ini di Ruang Pembelajaran, Aras Bawah, Kompleks RMIC.

Profesor Dr Suriani bersama Dr Nordiana & Izzat Safwan

Sempena majlis ini, PKM menjemput Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Ustaz Ah-Luqman Al-Hakim Che’ Zahari berkongsi dengan hadirin berkaitan persediaan menuju ke bulan Ramadhan ketika umat Islam pada masa ini berada di bulan Jamadilakhir termasuk memperbaiki diri dan memperbanyakkan amal soleh.

Antara staf yang hadir

Majlis yang dipengerusikan oleh Muhammad Izzat Safwan Abdul Halim ini dengan dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan kemudiannya mendengar tazkirah ringkas.

Program  ini dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Suriani Abu Bakar bersama Pengarah PKM, Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah dan diakhiri dengan jamuan minum pagi pada jam 9.40 pagi.

Antara staf yang hadir

Timbalan Pendaftar Kanan PKM, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain berkata majlis ini dihadiri lebih 45  orang staf yang terdiri daripada staf Pejabat TNC (PI), RMIC, NICE, dan NCDRC.

Menurutnya lagi, program ini bulanan ini dianjurkan secara bergilir oleh PTj di bawah portfolio TNC PI. PKM akan menganjurkan majlis yang serupa pada April 2026 nanti.