Peserta-peserta Swag Fashion RunwayPeserta-peserta Swag Fashion Runway

Oleh Lee Mun Hou

Tanjong Malim, 15 Disember 2025- Kempen Eco Campus 360 anjuran pelajar tahun akhir AB14-ISM (Komunikasi) Komunikasi Sosial menganjurkan program Swag Fashion Runway di Atrium Pusat Pelajar, KSAS, UPSI.

Program berkenaan berlangsung daripada pukul 7.30 hingga 11.00 malam.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kelestarian alam sekitar melalui pendedahan penggunaan pakaian berulang kali iaitu melalui pembelian baju daripada bundle.

Program ini juga telah menunjukkan dengan pakaian yang pernah dipakai pelbagai kombinasi pakaian yang boleh dijadikan satu fesyen yang mampu menyerlahkan diri.

Ini dapat dilihat apabila peserta Swag Fashion Runway menunjukkan kombinasi pakaian yang menarik melalui pakaian yang diperoleh daripada bundle.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin selaku wakil penasihat kempen Eco Campus 360 pada hari tersebut.

Peserta-peserta Swag Fashion Runway
Queen of Borneo Nation 2025/2026, Fionaniza Nome
Queen of Borneo Nation 2025/2026, Fionaniza Nome

Program ini turut dihadiri oleh pensyarah daripada Fakulti Teknikal dan Vokasional sebagai juri. Akhir sekali kehadiran istimewa daripada Queen of Borneo Nation 2025/2026, Fionaniza Nome yang telah memeriahkan suasana pada hari tersebut.                

Seseorang daripada pihak penganjur juga berharap bahawa kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar yang merupakan inisiatif kempen ini juga dapat ditingkatkan selepas Program Swag Fashion yang berlangsung pada hari ini katanya.

Terdapat dua aktiviti yang lain yang telah menarik perhatian penonton pada hari tersebut iaitu program cabutan bertuah dan kebebasan untuk membeli baju-baju daripada bundle yang terdapat di situ.