UPSI, 17 Mac –  Seramai 80 orang pelajar dan enam orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong, Kati, Kuala Kangsar berpeluang merasai pengalaman bermalam di Muzium Pendidikan Nasional (MPN) sempena program Night At The Museum.

Menurut Pengarah, Puan Safna Asaruddin, para pelajar bersama-sama dengan kakitangan MPN telah bermalam di dalam bangunan muzium untuk menghayati keindahan senibina, sejarah dan kegemilangan bangunan itu yang menjadi simbolik pendidikan khususnya pendidikan keguruan yang telah bermula di Tanjung Malim sejak dari tahun 1922 sehingga kini.

Tambah beliau, MPN menganjurkan program itu bertujuan utnuk mempromosikan dan mendekatkan golongan pelajar dengan muzium yang wujud di dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Selain itu, ia juga turut memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai pembelajaran secara tidak formal, santai dan menghiburkan yang pasti mampu menarik minat para remaja kita pada hari ini.

 

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia#soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan

UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)