George Town, 17 Mac – Kumpulan Sanggar Kenyalang, Universiti Pendidikan Sultan Idris dinobatkan Naib Juara Festival Bumi Kenyalang 2018 anjuran Perkumpulan Anak-Anak Sarawak (Perkasa) yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM).

Pasukan yang disertai 14 pelajar dari Persatuan Jalinan Anak Sarawak (JASA) ini turut membawa pulang hadiah kategori, Kostum Terbaik.

Koreografi untuk pertandingan ini  dihasilkan oleh Skim Pelajar Bekerja di Pusat Kebudayaan, Ahmad Assahirin Hamlet.

Johan diungguli oleh tuan rumah, USM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditempat ketiga manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pulang dengan hadiah saguhati.

Hadir sama, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar (BHEPA) USM, Dr. Nazaruddin Zainun dan Penasihat Festival Bumi Kenyalang 2018 , Puan Fadzilla Bosman.

 

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia#soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan

UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI