oleh: NURUL HIDAYAH SHAMSUDIN
TANJONG MALIM, PERAK – Program Bicara Ikon 1.0 , How To Be Professional Ikon yang telah menampilkan panel-panel juara ikon Ulul Albab pada musim pertama dan kedua iaitu saudara Mohd Khairul dan saudara Faris Mubeen.
Program yang diadakan pada 29 Januari 2023 ini dihadiri oleh 100 orang pelajar yang juga merupakan pengisian perjumpaan Mingguan Khas Kelab Sahabat Ulul Albab.
Penganjuran program ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli Kelab Sahabat Ulul Albab yang boleh dijadikan inspirasi serta ikon kepada mahasiswa lain.
Pencarian Ikon Ulul Albab telah diadakan selama empat musim dan berjaya menlahirkan empat orang IKON Ulul Albab UPSI.
Menurut Pengarah program, saudari Nur Nabilah Zaimi, program bicara ikon katanya dapat dijadikan platform untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa agar dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.
iayanya dianjurkan oleh exco kerohanian Kelab Sahabat Ulul Albab sidang 22/23 bertujuan melahirkan seorang insan yang berani bercakap di khalayak ramai serta mampu menonjolkan diri untuk menjadi seorang ikon profesional dalam melahirkan generasi Ulul Albab.
Peserta yang berjaya dinobatkan sebagai IKON Ulul Albab yang pastinya mempunyai ciri-ciri seperti berkeyakinan tinggi, kreatif, beretika, mempunyai pengetahuan dalam elemen Quranik, Ensiklopedik Dan Ijtihadik (QEI) serta memiliki pemikiran seiring dengan kemajuan dunia hari ini.
Antara pengisiannya, panel berkongsi pengalaman bagaimana cara untuk menjadi ikon yang profesional berteraskan kepada 3 elemen utama iaitu QEI.
Perkongsian yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman panel-panel semasa membuat persediaan dalam berentap di Pentas Misi Pencarian ikon 1.0 dan 2.0.
Menurut panel pertama iaitu saudara Khairul antara cabaran yang tidak dapat dilupakan adalah ketika mereka perlu berentap di pentas bitarasiswa yang merupakan kawasan umum tempat pelajar berkumpul dan dipersetujui oleh panel kedua iaitu Saudara Faris Mubeen.
Melalui Program ini, mahasiswa UPSI dapat menimba pengalaman yang baru dan berkongsi apakah persediaan untuk mengikuti Misi Pencarian Ikon peringkat IPTA yang berlansung nanti.