Oleh : Nur Farihah  Mohd Fadullah Sahimi (Setiausaha, MPI)

KOTA SAMARAHAN – Pada 21 dan 22 Februari 2023, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat MPIUA Bil. 1/2023 dan Bengkel Pemantapan Kompetensi Pegawai Unit Integriti Universiti Awam (UIUA) anjuran MPIUA yang bertujuan untuk mendapatkan input berkaitan pelaksanaan ABMS dan pengurusan integriti di agensi awam selain perbincangan berkaitan isu-isu semasa mengenai integriti dan salah laku yang berlaku di Universiti Awam disamping perkongsian amalan baik. 

Mesyuarat MPIUA Bil. 1/2023 itu dipengerusikan oleh  Ketua, Unit Integriti Universiti Malaya selaku Pengerusi, MPIUA 2021-2023, Puan Nor Aishah Samah. Sempena mesyuarat diadakan sesi perkongsian tentang Anti- Bribery Management System (ABMS) telah dikendalikan oleh Puan Maisarah Marzuki dari SIRIM Berhad dan Perkongsian Pengalaman Pembangunan, Pensijilan serta Pematuhan ABMS telah dikongsikan oleh Puan Kartini Busrah dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Bengkel Integriti yang  diadakan pada 22 Februari 2023 dan dikendalikan sepenuhnya oleh Pengarah, Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Dato’ Nor Azmi Karim,

Beliau berharap semoga program  yang dihadiri seramai 36 ahli Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam (MPIUA) program seumpama itu  dapat mengeratkan hubungan sesama ahli MPIUA selain mendapatkan input berkaitan dengan pelaksanaan ABMS dan pengurusan integriti terbaik untuk dimanifestasikan di Universiti Awam masing-masing.

Turut hadir Pegawai dan staf dari Unit Integriti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT);Pengarah Bahagian Integriti, UNIMAS, Dr. Nasriman Abdul Rahman,  serta warga kerja UNIMAS yang telah menyediakan fasiliti dan hospitaliti terbaik sepanjang mesyuarat dan bengkel berlangsung.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)