Prof. Md Amin bersama rakan panel dan warga UPSI yang mengikuti forum bertajuk “Risiko dalam Perancangan Strategik Universiti Awam”

Tanjong Malim:  Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (BPRKKP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan majlis forum yang bertajuk “Risiko dalam Perancangan Strategik Universiti Awam” pada 18 Oktober.

Prof. Md Amin menyampaikan pandangannya dalam forum yang berlangsung di Bilik 24 jam, Bangunan Perpustakaan Tuanku Bainun.

Panel forum terdiri daripada Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md. Taff; Penolong Naib Canselor, USIM, Prof. Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib @ Talib,  serta Pengarah Pejabat Perancangan Strategik & Pengurusan Risiko, UTHM, Prof. Madya Dr. Nik Hisyamudin Muhd Nor.

Forum yang  berlangsung di Bilik 24 jam, Bangunan Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah itu disaksikan oleh  peserta-peserta dari seluruh IPTA,  Ketua-Ketua Jabatan UPSI, Majlis Perwakilan Pelajar UPSI serta  kakitangan UPSI.

Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Hafizzuddin Syah Bangaan Abdullah bertindak  sebagai moderator.

Intipati utama forum tersebut adalah berhubung dengan penglibatan pengurusan tertinggi IPTA dalam menilai risiko semasa merancang perancangan strategik universiti.

Selain itu, penerapan kesedaran dan pembudayaan mengenai pengurusan risiko universiti dapat diterapkan pada keseluruhan warga IPTA.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menubuhkan Perlembagaan Majlis Pengurusan Risiko Universiti Awam sebagai medan perbincangan, berkongsi maklumat, meningkatkan pengetahuan serta kompetensi pegawai-pegawai risiko universiti awam Malaysia.

Hadair sama Pengarah ROSH UPSI, Prof. Madya Dr. Haniza Hanim Mohd Zain; Pendaftar, En. Helmi Zaifura Abdul Rahman serta Pengarah Jabatan Strategik UPSI, Prof. Madya Dr. Azmi Mohamed. 

Pada sebelah malamnya diadakan Majlis Makan Malam Bersempena Majlis Perasmian Mesyuarat dan Bengkel Pemurnian Perlembagaan Majlis Pengurusan Risiko Universiti Awam.