Oleh: Safarina Mat Nawawi
Bidor : Program Mahasiswa UPSI Semai Bakti ini anjuran Masjid Jamek, Kg.Poh, Bidor dengan kerjasama mahasiswa Kolej Awang Had Salleh, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Seramai hampir 45 orang mahasiswa, Pengetua Kolej Awang Had Salleh (KAHS), Ybhg.Dr.Mardiana binti Ismail serta Felo Penasihat Ybhg.Dr.Raja Ahmad Shalaby telah menyertai program ini.
Program bertemakan “Semai Bakti Budi Di Tuai”(SEBID) yang dirasmikan oleh YB Adun Behrang, YB Puan Salina Samsudin diadakan selama dua hari bermula 21-22 Oktober bertempat di Masjid Jamek serta kawasan sekitar.
Menurut Ketua Kampung, Tuan Yunus berkata, program ini diharap dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada mahasiswa dan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kesudian mahasiswa dalam menjayakan program ini. Bagi YB Puan Salina Samsudin pula program seperti ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa menyemai bakti. Ia juga bukan sahaja penglibatan mahasiswa dari semenanjung, namun penglibatan mahasiswa Sabah dan Sarawak amatlah digalakkan untuk menyertai program seperti ini. Menurut beliau lagi disamping mahasiswa dapat menjalinkan ukhwah dengan penduduk tempatan ia juga dapat menyemai nilai murni dikalangan mahasiswa. Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua mahasiswa yang terlibat dalan menjayakan program ini.
Program ini juga telah berhasil memberi impak yang maksima serta pengalaman baharu kepada mahasiswa UPSI yang terdiri daripada pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, UPSI. Antara pengisian program yang telah diadakan adalah Gotong royong sayang masjid, Malam Selawat Perdana, Senaman duduk melibatkan warga Emas & OKU, Sukan Rakyat, Fun Run dan Kenduri Rakyat (Rewang). Mahasiswa juga turut terlibat sama dalam membantu menjayakan serta memeriahkan lagi program ini.
Selaku Pengarah Program yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Mahasiwa Kolej Awang Had Salleh, Danish Irfan berkata program ini merupakan pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang berada di UPSI.
“Ini kerana banyak lagi bakti yang boleh diberikan kepada komuniti muallim dan sekitarnya pada masa akan datang. Disamping itu mahasiswa juga akan lebih prihatin kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU)”, katanya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh (KAHS) dalam membantu menjayakan program bertempat di Kampung Poh, Bidor, Perak.
Pelbagai ilmu yang berimpak telah diperolehi oleh semua peserta yang menyertai program ini dan secara langsung mengeratkan lagi hubungan ukhuwah diantara Mahasiswa UPSI dan warga Bidor khususnya warga Kampung Poh, Bidor, Perak.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Mahasiwa Kolej Awang Had Salleh merangkap Selaku Pengarah Program Danish Irfan berkata program ini merupakan pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang berada di UPSI.