UPSI- Jalinan kerjasama antara Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) serta wakil National Danish Performance Team (NDPT) telah dilaksanakan bagi menjayakan persembahan National Danish Performance Team (NDPT) di Arena, Pusat Sukan, UPSI.
Program persembahan NDPT ini dijayakan oleh 30 orang penari professional dari Negara Denmark iaitu KATA World Dance Tour bagi aktiviti ‘Playing for Life’, ‘Basic Movement’ dan ‘Rhythmical Challenges’. Program NDPT berlangsung pada 31 Oktober di Arena, Pusat Sukan, UPSI. Program ini telah mendapat sambutan meriah dari kalangan pelajar terutama pelajar FSSK dan FMSP serta kakitangan UPSI yang turut sama hadir. Program untuk memberi pengalaman dan pendedahan kepada pelajar UPSI tentang gaya teknik persembahan dari KATA World Dance Tour tersebut serta buat julung kalinya diadakan di UPSI.
Penganjuran program NDPT ini telah dilaksanakan di beberapa buah tempat di Malaysia termasuk di Kuala Lumpur. Turut hadir, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor UPSI untuk memberi sokongan semasa program ini berlangsung.
Prof. Madya Dr. Muhammad Fazli Taib Saearani, Dekan FMSP
“Saya amat berharap agar program KATA World Dance Tour ini dapat memberi satu ilmu dan pendedahan yang amat berharga kepada pelajar FMSP khususnya tentang selok belok persembahan dan kesenian dari atlet Denmark tersebut”.
Dr. Nur Haziyanti Mohamad Khalid Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), FSSK
“Program ini secara tidak langsung dapat memberi pengalaman yang berguna kepada pelajar FSSK yang terlibat serta dapat memberi nilai tambah dalam alam kerjaya kelak”.