Tanjong Malim- Lajnah Akademik dan Kajian, Al-Mursyidin Club (AMC) sidang 23/24 telah mengambil peluang mengadakan Bengkel Masterclass Tajwid bertempat di Bilik Seminar Pusat Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bengkel yang diadakan pada 25 November ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kehadiran peserta dalam kalangan mahasiswa.

Bengkel ini bertujuan mengukuhkan kemahiran tajwid dari segi hukum-hukum tajwid, makhraj huruf dan sifat-sifat huruf dan juga meningkatkan kemahiran dalam membaca Al-Quran dengan baik dan lancar dan telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Abd Rahman Abd Ghani, pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

Sesi bersama penceramah mendapat sambutan meriah kerana peserta dapat menyebut mahkraj huruf dengan betul bersama-sama. Sangat mengejutkan, terdapat seorang peserta bukan muslim dalam kalangan peserta perempuan yang turut hadir dalam menjayakan bengkel pada kali ini.

Diharapkan semoga bengkel ini dapat membantu mahasiswa untuk meningkatkan semangat dalam mempelajari ilmu tajwid, di samping itu dapat menjaga kemurnian ayat suci Al-Quran sekaligus dapat memanfaatkan ilmu tersebut kepada orang lain.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)