Oleh: Nur Atirah Hassan

Tanjong Malim: Buat julung kalinya, Kelab Al-Mursyidin dengan kerjasama Pusat Islam mengadakan sembang santai Tick Talk AMC: Stressnya! pada 17 November bertempat di Mini Studio Pusat Islam.

Program berbentuk sembang santai melibatkan moderator iaitu Zulfa dan dua orang panel iaitu Nisa Ezani selaku Timbalan YDP Majlis Perwakilan Pelajar sesi 22/23 dan Nur Khainunnisa Ezani dan Atirah Hassan selaku Timbalan Setiasaha Kelab Al-Mursyidin sesi 23/24 dengan tajuk “Stressnya! macam mana nak handle?”.

Program ini diadakan secara langsung di Facebook Pusat Islam dan di Instagram Kelab Al-Mursyidin . Program ini telah mendapat sambutan yang sangat meriah bukan sahaja daripada pelajar malah kakitangan dan pengarah Pusat Islam juga turut serta menonton sepanjang program sembang santai ini berlangsung.

Tajuk yang dibawa sangat sesuai dengan keadaan dan situasi mahasiswa dan dapat memberikan nilai positif kepada mereka. Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa UPSI dari segi cara atau tip untuk mengatasi stres dan beberapa amalan yang boleh kita amalkan untuk bebas daripada stres selain menjadikan mahasiswa mampu untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan supaya dapat meneruskan kehidupan yang semakin mencabar.

Program sebegini perlu diteruskan lagi dan perlu meletakkan tajuk yang dapat menarik mahasiswa UPSI yang berbilang kaum supaya dapat melahirkan mahasiswa cemerlang, terbilang dan gemilang.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)