Oleh : Afrina Wafa & Muhammad Asyraf
TANJONG MALIM, PERAK – Exco Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Mahasiswa Kolej
Harun Aminurrashid telah menyediakan pelbagai platform untuk para pelajar menjana
pendapatan sampingan ketika belajar. Sebagaimana yang kita ketahui exco ekonomi dan
keusahawanan MMKHAR sering menerapkan budaya keusahawanan dalam diri pelajar
KHAR. Dengan adanya kumpulan whatsapp bagi setiap blok, perkara ini akan memudahkan
para pelajar untuk mempromosikan perniagaan mereka dengan rancak sekali. Menurut
beberapa orang pelajar KHAR, mereka berkata dengan adanya platform seperti ini, mereka
sering mendapatkan bilangan pesanan yang diluar jangkaan mereka dan secara tidak
langsung ianya memudahkan mereka untuk menjana pendapatan dan menampung
perbelanjaan mereka sepanjang berada disini. Kumpulan WhatsApp tersebut tidak hanya
terhad kepada para pelajar KHAR sahaja, malah kumpulan WhatsApp tersebut terbuka
kepada semua pelajar kolej lain juga seperti Kolej Ungku Omar (KUO), Kolej Awang Had
Salleh (KAHS), Kolej Za’ba (KZ) dan juga Kolej Aminuddin Baki (KAB) untuk berurus niaga
sesama mereka.
Tidak lupa juga, KHAR juga mempunyai sebuah tempat perniagaan dibawah selia pihak
MMKHAR Exco Ekonomi dan Keusahawanan yang dikenali sebagai KHAR LOUNGE. KHAR
LOUNGE ini telah mula dirasmikan pada 13 November 2018 oleh Profesor Dato’ Dr.
Mohammad Shatar bin Sabran iaitu Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris pada
ketika itu. Menerusi KHAR LOUNGE ini, MMKHAR telah memperoleh pendapatan
sampingan melalui jualan yang dilakukan. Antara menu utama yang telah menjadi signature
KHAR LOUNGE ini ialah oden. Selain daripada oden juga, terdapat beberapa menu
sampingan yang turut dijual bagi menarik minat para pelajar. Antaranya ais kepal coklat,
jagung manis, air berkarbonat dan sebagainya. Jualan yang paling tinggi dan laris dijual
dalam kalangan mahasiswa adalah oden. Hal ini kerana harga yang diberikan adalah
rahmah dan berpatutan kepada mahasiswa. Mahasiswa juga memberikan maklum balas
yang positif mengenai rasa oden yang enak
Daripada KHAR LOUNGE ini, para rakan exco Ekonomi dan Keusahawanan telah
ditugaskan untuk menjual menu-menu ini pada setiap malam dan dipantau oleh Exco
Ekonomi dan Keusahawanan sendiri. Di bahagian luar KHAR LOUNGE tersebut, telah
disediakan meja dan kerusi untuk mereka menikmati pesanan makanan mereka di KHAR
LOUNGE, dimana KHAR LOUNGE ini juga mengamalkan konsep seperti gerai food and
beverages (FNB) yang lain.
Selain daripada itu juga, pada hari kemasukan pelajar Ijazah Sarjana Muda yang baharu,
Exco Ekonomi dan Keusahawanan MMKHAR bersama rakan exconya juga melakukan
jualan secara besar-besaran berhadapan dengan pejabat KHAR bagi mempromosikan
makanan, minuman dan barangan yang dijual pada hari tersebut.
Menurut Exco Ekonomi dan Keusahawanan MMKHAR, Awang Hazril Haiqal dan Nur
Sabrina berkata jualan yang dilakukan ketika hari kemasukan pelajar baharu Ijazah Sarjana
Muda ini mendatangkan impak yang besar terhadap imej KHAR LOUNGE, dimana oden
KHAR LOUNGE telah mendapat sambutan yang hangat daripada mereka disebabkan harga
yang ditawarkan sangat berpatutan dan rasa makanan yang disediakan amat menyelerakan.
Dalam sidang yang sama juga, baru-baru ini Exco Ekonomi dan Keusahawanan telah
membuka ruang kepada penghuni dan juga peniaga luar untuk bersama-sama menerapkan
budaya keusahawanan dengan mengadakan program KHAR SOUQ MADANI 2023/2024.
Melalui program ini, para peniaga khususnya mahasiswa UPSI diberi peluang untuk
menyerlahkan bakat dan menggilap kemahiran dalam bidang keusahawanan dengan
menjana pendapatan dari pelbagai sumber seperti jualan makanan, minuman dan pakaian.
Selaku penasihat program KHAR SOUQ MADANI ini, Norrulkamari Daud berhasrat untuk
meneruskan program yang banyak memberi manfaat kepada mahasiswa UPSI demi
melestarikan semangat keusahawanan mereka pada masa akan datang. Pelaksanaan
program keusahawanan ini juga dapat memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi
mempraktikkan kemahiran keusahawanan di lapangan, meningkatkan kemahiran
pengurusan kewangan dan mengasah kemahiran pengurusan acara.
Diharapkan dengan pelbagai platform dan program yang telah dibuka dan dijalankan ini
mampu menjadikan para pelajar lebih bijak dalam menjadikan perniagaan kecil mereka
dapat dilihat dimata orang ramai dan menerapkan budaya keusahawanan dalam diri mereka
sendiri.