Oleh: Dr Muhamad Ikhwan Mat Saad, Wan Muhammad Aizzat Wan Mohd Rosli dan Muhammad Izzat Azahari
Batang Padang, 19 November 2024 – Program Pembangunan Modal Insan, yang dilaksanakan pada dengan kerjasama erat antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di bawah geran kajian yang diketuai oleh Profesor Dr. Suriani Abu Bakar serta penyelidik Bahagian Pendidikan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang, Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Dr. Muhamad Ikhwan Mat Saad dan SMK Sheikh Abdul Ghani.
Program ini memberi tumpuan khusus kepada komuniti Orang Asli yang tercicir SPM, termasuk murid berpotensi tercicir.
Aktiviti utama merangkumi ziarah cakna di Pos Senta dan Pos Gedong, serta sesi motivasi komuniti yang diadakan di SK Senta dan SK Gedong.
Sebanyak 41 keluarga turut hadir di kedua-dua lokasi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang pendidikan serta mendapatkan sokongan untuk anak-anak mereka.
Program ini dirasmikan oleh Penolong Pengarah Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Megat Azrul Aizad Megat Ibraham sebagai wakil daripada KPM.
Dengan kerjasama pelbagai agensi dan masyarakat setempat, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan sokongan kepada komuniti Orang Asli dalam mempertingkatkan potensi pendidikan anak-anak mereka.
Aktiviti Ziarah Cakna ke Pos Senta dan Pos Gedong adalah perbincangan dan lawatan, serta terdapat beberapa orang peserta yang menyatakan keinginan untuk meneruskan pembelajaran bagi memperbaiki keputusan mereka.
Ada juga yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan, mencerminkan kepelbagaian cita-cita dalam kalangan komuniti ini.
Pasukan program turut menyampaikan maklumat penting mengenai peluang kerjaya selepas SPM, termasuk program latihan kemahiran, serta kepentingan melengkapkan diri dengan ilmu asas bagi memastikan masa depan yang lebih cerah
Di kedua-dua lokasi, pasukan program bertemu dengan peserta untuk bertanya khabar, mendalami cabaran yang dihadapi, dan mendengar pandangan ibu bapa serta tok batin mengenai keperluan pendidikan komuniti mereka.
Sesi motivasi di SK Senta dan SK Gedong, yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Latihan dan Kepimpinan YPM, Isa Chik memberi tumpuan kepada kepentingan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai asas membina masa depan, pilihan kerjaya selepas SPM, serta peranan penting ibu bapa dalam memupukminat anak-anak terhadap pendidikan.
Program ini bukan sahaja mencerminkan komitmen agensi-agensi yang terlibat, tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti.
Melalui usaha kolektif ini, diharapkan peserta mendapat motivasi untuk terus belajar, manakala keluarga mereka lebih memahami nilai pendidikan sebagai jalan keluar dari kitaran cabaran yang dihadapi.
Antara momen paling bermakna sepanjang Program Ziarah Cakna ke Pos Senta dan Pos Gedong adalah interaksi langsung dengan peserta tercicir SPM yang mempunyai pelbagai aspirasi masa depan.
Dalam sesi ini, pendekatan pendidikan inklusif menjadi fokus utama, di mana setiap peserta dilihat sebagai individu unik dengan potensi tersendiri.
Terdapat peserta yang menyuarakan keinginan untuk kembali belajar dan memperbaiki keputusan mereka, sementara ada yang bercita-cita memulakan perniagaan untuk membantu keluarga. Aspirasi ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pendidikan yang memahami dan menyokong keperluan komuniti secara holistik.
Menekankan kepentingan pendidikan sebagai jalan keluar daripada kemiskinan dan platform untuk mengejar impian. Inspirasi turut diberikan kepada ibu bapa, dengan penekanan terhadap peranan mereka dalam menyokong anak-anak meneroka potensi diri.
Selain itu, interaksi bersama tok batin memberikan perspektif berharga tentang keperluan asas komuniti, termasuk akses kepada peluang pendidikan yang lebih baik.
Program ini turut diserikan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada para peserta yang disempurnakan oleh Dr. Muhamad Ikhwan Mat Saad.
Beliau juga memberikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan sokongan mereka. Tambahan pula, Penolong Kanan HEM SMK Sheikh Abdul Ghani, Tuan Haji Zaman Md Shah, menyampaikan ucapan nasihat yang memberi galakan kepada pelajar dan komuniti untuk terus memandang tinggi kepentingan pendidikan sebagai asas kejayaan.
Program ini mencerminkan usaha bersepadu antara KPM, PPD Batang Padang, YPM, dan SMK Sheikh Abdul Ghani dalam menghidupkan konsep pendidikan inklusif.
Dengan kolaborasi erat ini, usaha membantu komuniti Orang Asli tidak hanya memberi manfaat kepada pelajar tetapi juga meletakkan asas kukuh bagi generasi masa depan yang lebih berdaya saing.