Oleh: Rahmat Raif Zulkifli
Tanjong Malim, 14 Disember 2024- Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),telah menganjurkan Badminton Championship FPE 2024, sebuah acara yang dinanti-nantikan oleh warga fakulti. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan antara pelajar dan kakitangan, serta mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.
Kejuaraan ini akan diadakan di Arena UPSI yang terbuka kepada semua warga fakulti termasuk pelajar. Pertandingan melibatkan beberapa kategori seperti perseorangan lelaki, beregu lelaki, dan beregu wanita.


Majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FPE, Dr. Khalizul Khalid yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Kejuaraan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah kemahiran badminton, tetapi juga sebagai medium untuk mencipta kenangan manis bersama komuniti fakulti.



Dengan kejayaan program ini, FPE berharap agar Badminton Championship dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh warga fakulti.
