Oleh: Aeron Winter Anak Jackson
Tanjong Malim, 11 Disember 2024- Persatuan Pengurusan dan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan
Ekonomi (PPEFPE) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sidang 2024/2025 mengadakan
program FPE Talent Showdown: Teroka Potensi Pendidikan Melalui Hiburan! di Bilik Kuliah 3
Aras Bawah Blok 10.


Program anjuran Unit Pendidikan Ekonomi Persatuan Pengurusan dan Ekonomi, Farisya Irdeanna Faidrul Iqmarberlangsung meriah dengan kehadiran panel jemputan iaitu Profesor Madya Dr. Azila
binti Abdul Razak (Penasihat Program FPE Talent Showdown). Program FPE Talent Showdown ini
melibatkan penyertaan dalam kalangan mahasiswa UPSI. Program ini dilaksanakan untuk memupuk kematangan berfikir dalam kalangan mahasiswa dengan pelbagai aspek serta dapat melontarkan pelbagai idea dengan mengambil kira sudut pandangan pelbagai.
Selain itu, program ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa dari segi pembangunan kemahiran kepimpinan, meningkatkan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah serta memupuk pemahaman yang lebih mendalam. Program ini dibahagikan kepada tiga sesi, iaitu sesi pertama adalah sesi utama program ini iaitu pertandingan uji bakat dalam kalangan mahasiswa, sesi kedua ialah sesi penyampaian hadiah dan diakhiri dengan sesi cabutan bertuah.

Semoga perlaksanaan daripada program ini dapat menjadi wadah bagi mereka untuk mengembangkan bakat serta menaikkan imej fakulti dengan cara bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Malahan, program ini bukan sahaja meningkatkan semangat berkarya seni dalam kalangan peserta malah ia juga memberi impak yang positif kepada masyarakat dan negara sekaligus memperkukuhkan lagi jalinan sosial sesama manusia.

