Oleh: Nur Shazwani Yunus

Tanjong Malim, 2 Mei 2025 – Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Pusat Sukan UPSI telah menganjurkan Regatta Kayak UPSI Kali Ke-16 2025 yang bermula 1 hingga 4 Mei 2025 bertempat di Tasik Marina, Universiti Pendidikan Sultan Idris, KampuS Sultan Azlan Shah.

Oleh itu, satu majlis apresiasi telah diadakan untuk menghargai peserta yang telah menyertai kejohanan ini iaitu Majlis Apresiasi Regatta Kayak 2025 Bersama Pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kejohanan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta bahawa sukan ini adalah salah satu lagi sukan dan rekreasi yang baik untuk mental serta fizikal.

Bukan itu sahaja, objektif penganjuran kejohanan ini ialah untuk menggalakkan serta mengekalkan hubungan muhibah dalam kalangan warga UPSI dengan peserta dari seluruh Malaysia, menyediakan aktiviti air yang sistematik dan terancang untuk peserta serta meningkatkan produktiviti kerja harian peserta, selari dengan banyak bukti saintifik yang menunjukkan peningkatkan prestasi kerja hasil peningkatan tahap kecergasan fizikal disamping itu, melahirkan budaya bersukan dalam kalangan warga UPSI dan masyarakat luar untuk menjurus kepada gaya hidup sihat.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata UPSI berperanan sebagai hub pembangunan sukan kanu dari aspek kejurulatihan, pengurusaan dan kem latihan atlet.

“Proses mendapatkan pengiktirafan Asian Canoe Confederation (ACC) untuk iktiraf UPSI antara veneu pembangunan dan kejohanan sukan kanu dan dragon boat di malaysia sedang giat dijalankan.

“Fakulti mempunyai program Apel-Q untuk Master Of Education (Sports Science) bagi jurulatih yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun (yang mempunyai ijazah).

Pengisian majlis ini untuk meraikan dan menghargai semua pasukan, kelab, persatuan yang terus menyokong usaha UPSI dalam membntu perkembangan sukan kanu dengan menyertai kejohanan yang dianjurkan ini.