Oleh : Dr. Mohamad Ihsan Muhamad Ismail, Prof. Madya. Dr. Mohd Hairy Ibrahim dan Norazilawati Setopa
Tanjong Malim, 14 Mei 2025 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sekali lagi menunjukkan komitmenmya dalam memperkukuh kesedaran dan ilmu pengetahuan masyarakat melalui penganjuran satu sesi webinar bertajuk “Cuaca Ekstrem dan Perubahan Iklim: Persediaan Kita Menghadapi Masa Depan” yang diadakan menerusi platform Google Meet dan juga disiarkan secara langsung melalui Facebook pada . Webinar ini berjaya menarik perhatian ratusan penonton dari pelbagai latar belakang.
Webinar ini menampilkan dua panelis pakar yang berkongsi pandangan dan pengetahuan masing-masing dalam bidang meteorologi bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang impak sebenar cuaca ekstrem iaitu Encik Ibrahim bin Johari yang merupakan Pengarah Pejabat Meteorologi Perak yang mengupas berkenaan Iklim Lampau dan Masa Hadapan di Semenanjung Malaysia.
Manakala perkongsian oleh pensyarah Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Kemanusiaan (FSK) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Mohamad Ihsan Muhamad Ismail membincangkan cuaca ekstrem dan perubahan iklim di Malaysia.
Webinar ini dikendalikan dengan jayanya oleh pelajar dari Kursus Kaji Iklim (HGF 3073) dengan bimbangan Profesor Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim yang juga merupakan pensyarah di Jabatan Geografi dan Alam Sekitar.


Menariknya, webinar ini mengandungi pelbagai perkongsian yang memberikan impak yang penting. Encik Ibrahim dalam perbincangannya menjelaskan beberapa zon iklim utama yang dikaji oleh Jabatan Meteorologi seperti iklim kutub, iklim sederhana, iklim tropika dan fokusnya banyak kepada Malaysia.
Beliau juga turut menjelaskan tentang kesan pemanasan global yang tidak terhad kepada peningkatan suhu sahaja, tetapi turut mempengaruhi parameter meteorologi yang lain. Aspek yang dimaksudkan termasuklah kelembapan, kekeringan, pesisir dan laut, angin, glasier dan salji.
Encik Ibrahim turut menyediakan data statistik tentang purata suhu dan hujan tahunan di Semenanjung Malaysia yang berada dalam julat 2000 mm hingga 3000 mm setahun bergantung pada lokasi dan musim.
Beliau menegaskan bahawa perubahan ini bukan sahaja memberi kesan kepada suhu dan hujan, malah turut mempengaruhi kestabilan ekosistem dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.
Perubahan dalam pola cuaca harian dan iklim jangka panjang ini boleh menyebabkan kejadian seperti banjir kilat, kemarau luar musim dan gelombang haba yang memberi kesan langsung kepada sektor pertanian, kesihatan dan keselamatan penduduk.
Dr. Mohamadd Ihsan turut memberikan penjelasn yang terperinci berkaitan cuaca dan perubahan iklim. Pengetahuan ini sangat bermanfaat kepada para peserta dimana beliau memberikan perkongsian yang sangat mendalam tentang fenomena atmosfera di kawasan tropika seperti Malaysia yang sememangnya terdedah kepada monsoon.
La-nina dan El-nino yang secara semula jadi boleh mencetuskan cuaca ekstrem akibat perubahan iklim global seperti kemarau yang berpanjangan dan mencetuskan banjir besar terutamanya di kawasan Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan kawasan-kawasan tanah rendah.
Menurut beliau, terdapat hubungan yang jelas antara perubahan corak iklim global dan peningkatan intensiti serta frekuensi banjir.
Pemanasan global menyebabkan atmosfera menampung lebih banyak wap air yang menyebabkan berlakunya kejadian banjir kerana hujan turun dalam kuantiti yang banyak pada tempoh masa yang singkat.
Dalam pada masa yang sama, kenaikan aras laut akibat pencairan ais di kutub dan keadaan kejaidan monsoon yang ekstrem turut meninggkatkan risiko banjir di kawasan rendah dan bandar, risiko penignkatan suhu serta kejadian rebut taufan.
Perubahan iklim global juga menghasilkan fenomena baru di Malaysia iaitu pembentukan puting beliung yang semakin kerap berlaku.
Nur Alyana Maisara Norsharol Nizam, selaku moderator sepanjang webinar Cuaca Esktrem dan Perubahan Iklim Global berlangsung turut menceriakan suasana dengan gaya penyampaian yang mesra dan bertenaga, sekali gus mewujudkan suasana perbincangan yang segar dan interaktif. Beliau melontarkan pelbagai soalan.
Beliau berjaya mengaitkan isu-isu tentang cuaca ekstrem dan perubahan iklim global dengan realiti harian masyarakat Malaysia.Soalan yang dilontarkan pula sangat relevans dengan topik dan dibahaskan.
Melalui sesi perkongsian ini masyarakat dapat didedahkan dengan data semasa, perubahan trend cuaca, dan kesan-kesan langsung terhadap ekosistem dan kehidupan harian
Penganjuran webinar ini merupakan sattu langkah proaktif yang sangat signifikan dalam usaha menyemai kesedaran iklim dalam kalangan masyarakat.
Keadaan dunia yang sedang berhadapan dengan realiti perubahan iklim yang semakin ketara, penyampaian maklumat yang tepat dan berasaskan sains dan merujuk pakar amat penting agar masyarakat tidak hanya menjadi pemerhati, tetapi turut berperanan sebagai agen perubahan.
Webinar ini berjaya mengangkat isu global kepada perbincangan lokal yang relevan dengan konteks Malaysia.Webinar ini bukan sahaja menyampaikan maklumat, tetapi juga membina pemikiran masa depan.
Ia mengajak masyarakat untuk berfikir secara kritikal tentang masa depan bumi, serta bagaimana tindakan kita hari ini memberi kesan kepada generasi akan datang.
Justeru, program sebegini wajar diteruskan dan diperluaskan agar kesedaran iklim menjadi sebahagian daripada budaya ilmu dan tanggungjawab bersama.
