Oleh : Noor Hanis Hazwani

Tanjong Malim, 26 Mei 2025 –Majlis Glamorama Night yang telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada malam tadi menyaksikan para peserta yang hadir dalam busana serba anggun dan memukau, meraikan satu malam yang penuh keindahan dan kreativiti.

Blok Kediaman 2 Kolej Harun Aminurrashid atau lebih sebagai Aurellia telah menganjurkan program Glamorama Night yang melibatkan penghuni wanita di KHAR.

Bertemakan “Black and Gold”, Glamorama Night dianjurkan bagi mengeratkan hubungan dan jaringan sosial antara 300 orang peserta perempuan yang tinggal di Kolej Harun Aminurrashid.

Majlis yang berlangsung juga dapat menyerlahkan kreativiti penghuni dalam memperagakan baju mengikut tema di samping membina keberanian diri untuk menonjol dikhalayak ramai.

Pengarah program, Nurul Hafizah, menekankan bahawa kepuasan serta keseronokkan para peserta menjadi sasaran yang perlu dicapai dalam majlis ini.

Majlis dirasmikan oleh Felo Blok Kediaman 2, Cik Nurul Najwa Mohamad. “Program Glamorama Night bukan sekadar satu malam hiburan, tetapi simbol penghargaan terhadap usaha gigih dan pencapaian setiap penghuni yang hadir.

Semoga program santai seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi meraikan penghuni” kata beliau dalam ucapannya malam tadi.

Selain aktiviti  makan malam peserta juga dihiburkan dengan persembahan daripada penghuni yang berbakat dan diselangi dengan dengan aktiviti pertukaran hadiah antara sesama peserta yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Aktiviti. 

Program Glamorama Night ini telah diakhiri dengan harapan agar semangat kekitaan semakin membaik antara para peserta.

Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa objektif program ini tercapai dengan dapat mengeratkan hubungan dan jaringan sosial sesama penghuni, menyerlahkan kreativiti penghuni dalam memperagakan baju mengikut tema serta membina keberanian diri untuk menonjol dikhalayak ramai.