Oleh : Profesor Madya Dr. Arasinah Kamis

MALANG, INDONESIA – 9 OKTOBER 2025 – Seramai enam orang pelajar dari Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai pameran dan pertandingan pertunjukan fesyen antarabangsa yang dianjurkan oleh Pendidikan Tatabusana Fakultas Teknik, Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia.

Bertemakan “Horizone: Trendversity 2025” diadakan pada 9 Oktober 2025 berlangsung di Graha Cakrawala, Universitas Negeri Malang, telah dirasmikan oleh Rektor Universitas Negeri Malang bersama Dekan Fakultas Vokasi, menandakan kepentingan acara ini dalam menghubungkan dunia pendidikan, seni, fesyen dan teknologi ke arah masa depan yang lebih mampan.

“Trendversity”, diharapkan mahasiswa dapat menampilkan inovasi dan mengembangkan kreativiti mereka sesuai dengan trend mode yang sedang berkembang.

Sebanyak 258 pakaian yang dirancang mengacu pada Worth Global Style Network (WGSN) International Fashion Trend Forecasting 2025/2026.

Acara ini dimeriahkan lagi dengan talkshow yang oleh Asst. Prof. Dr. Ka Tat Nixon Chen dari Mahidol University International College (MUIC), Thailand, dan pereka-pereka fesyen di Malang Raya seperti Chrisnawati Evayana, Dwi Haris Setyawan, dan Yeti Topiah.

Seramai enam orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Rumah Tangga dari Fakulti Teknikal dan Vokasional telah menyertai pertunjukan fesyen iaitu  Radin Wafa Kamaruzaman, Nur Syamimi Mohd Sukeri, Nurin Aqilah Mohamad Nawi, Nor Ain Aina Norhisoh, Nurul Fazliana Mat Nawi dan Nur Anis Fariha dengan membawa konsep pakaian malam.

Salah seorang pelajar telah merangkul anugerah “Best Costume” iaitu Radin Wafa Kamaruzaman yang telah mengharumkan nama UPSI ke persada fesyen antarabangsa setaraf dengan university di luar negara.

Turut memberi sumbangan kepada kejayaan pelajar adalah hasil didikan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah kursus Pembuatan Pakaian Wanita Lanjutan iaitu Profesor Madya Dr. Arasinah Kamis dan pereka fesyen iaitu Cik Senijulita Johari.

Kejayaan pelajar dalam meraih kejayaan ini telah membuktikan bahawa Malaysia bukan sahaja mampu bersaing di pentas global dalam bidang akademik dan vokasional, malah menyerlah dalam bidang kreatif dan inovasi fesyen.

Majlis Penutupan telah berlangsung meriah dengan penyampaian sijil penghargaan dan anugerah kepada semua peserta di Graha Cakrawala, Universitas Negeri Malang, menandakan komitmen kukuh institusi pendidikan Malaysia dalam melahirkan graduan holistik dan berdaya saing di peringkat antarabangsa sekali gus telah mengharumkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris sehingga dikenali sehingga kini.

Selaras dengan aspirasi YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di majlis Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi pada Januari 2024 yang mana salah satu landasan bagi meningkatkan prestasi cemerlang Pendidikan tinggi negara adalah menuju proses pengantarabangsaan.

Dengan memastikan sistem pendidikan tinggi di Malaysia mahu pun di Indonesia berkualiti dan standing di peringkat antarabangsa.

Justeru itu, pertunjukan fesyen antarabangsa ini adalah salah satu plat form bagi merealisasikan hasrat tersebut bagi melonjakkan dan memartabatkan bidang TVET.

Melalui acara ini telah membawa semua warisan budaya kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO berpotensi untuk menerangi harta seni dan budaya negara ke peringkat global.