Oleh: Ummu Noor Balqis Ngah
Tanjong Malim, 2 November 2025– Blok Kediaman 3 yang dikenali nama Sakura, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Program Jejak Tradisiterbuka kepada semua penghuni kolej wanita. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan seramai 56 orang peserta daripada seluruh penghuni KHAR.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para penghuni mengenai kepelbagaian warisan budaya di Malaysia sebagai asas pembentukan jati diri nasional.
Selain itu, ia juga menjadi medium meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara dan melestarikan identiti bangsa dalam kalangan generasi muda melalui pelbagai tradisi seperti elemen permainan, makanan, pakaian, perayaan dan banyak lagi tradisi yang terdapat di Malaysia.



Tambahan pula, program ini mampu menyemai semangat patriotik, minat dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kebudayaan yang berunsurkan tradisi tempatanpatriotisme serta kecintaan terhadap warisan negara yang semakin hilang ditelan zaman lebih-lebih lagi zaman yang serba canggih Artificial Intelligent (AI) ini.
Oleh yang demikian, untuk mencapai setiap objektif yang dihasratkan, program ini menfokuskan kepada pengisian khusus yang berbentuk explorace iaitu menetapkan 9 check point dengan menghubungkaitkan aktiviti melibatkan kepelbagaian budaya di Malaysia termasuk kenegaraan dan warisan negara.
Program ini dihadiri istimewa oleh Felo Blok Kediaman 3 Sakura iaitu Norrulkamari Daud dalam memberi sokongan dan penglibatan yang baik sepanjang program berlangsung.



Melalui ucapan beliau, program ini bukan sahaja sebagai aktiviti biasa yang perlu disertai malahan ianya juga dapat membantu peserta untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara satu sama lain.
Di samping itu, program ini juga dapat membantu peserta mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah seperti mengenal warisan budaya, pelbagai loghat dari setiap negeri dan mengetahui masakan tradisional.
Sementara itu, turut bersama ucapan Pengarah Program, Ainul Atiqah Mohd Najib, menyatakan bahawa penganjuran Jejak Tradisi bukan sahaja sebagai wadah pengisian masa lapang yang berfaedah, malah menjadi peluang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penghuni kolej KHAR walaupun berbeza agama dan bangsa.



Hampir jam 11 pagi, aktiviti Jejak Tradisi berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Hamper disediakan kepada pemenang bukan sebagai ukuran kejayaan kalah atau menang, akan tetapi kepada tercapai objektifnya program yang dihasratkan.


Akan tetapi, melalui maklum balas yang diberikan oleh para peserta, program ini mendapat respond yang baik dengan aktiviti yang menarik dan bersifat hands-on.
Program berakhir dengan jayanya setelah selesai sesi fotografi bersama dengan felo, barisan AJK Blok dan semua peserta yang hadir.
Program ini juga telah memberikan kesan yang positif kepada para peserta seperti kemahiran kerja secara berpasukan, kerjasama, kemahiran dan tolak ansur yang dinamik.


Dengan ini, peserta dapat berkomunikasi dan berpengetahuan berkaitan dengan budaya antara kaum yang berlainan.
Dengan harapan semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan mengetengahkan pelbagai elemen selain tradisi di Malaysia.
