TANJONG MALIM, 12 NOVEMBER 2025 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi mencipta detik bersejarah menerusi penganjuran Pesta Konvokesyen UPSI 2025 (PESKON) sempena Konvokesyen UPSI ke-27. Seramai 130 orang sukarelawan Rakan PESKON27 bersama kakitangan UPSI yang terlibat telah bekerjasama dalam menjayakan Pesta Konvokesyen UPSI bagi tahun 2025.
Majlis yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Naib Canselor UPSI diiringi Prof. Dato’ Dr. Md. Amin Md. Taff di Dataran Cemerlang Bersama, KSAS. Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan pengurusan tertinggi universiti.

Penyerahan cek cura penajaan dan cenderamata turut diberikan kepada barisan penaja yang menyumbang kepada kejayaan PESKON kali ini.



Kemeriahan PESKON diteruskan dengan persembahan menarik daripada Band Casanova, UNIC dan ramai lagi.


