Oleh: Dr. Ijlal Mohd Diah, Dr. Nurihan Nasir, Fathur Rohman Niram dan Muhammad Shahrul Danuri. Fakulti Sains dan Matematik

Tanjung Malim, 27 November 2025 – Sebanyak lima kumpulan peserta daripada Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai MIST’25: Mission Possible iaitu sebuah pertandingan explorace yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Matematik UPSI (PMMU).

Program ini turut dibantu oleh seramai 26 orang ahli jawatankuasa pelaksana yang bertujuan untuk menggalakkan kerjasama, memupuk pemikiran kreatif dan mencipta suasana karnival yang menarik untuk pelajar FSM.

Program ini dianjurkan di sekitar Blok Satu dan Blok Dua di Fakulti Sains dan Matematik yang bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Sebelum memulakan aktiviti explorace, peserta dikehendaki menghadiri sesi pendaftaran, taklimat keselamatan dan senaman ringkas iaitu senamrobik bagi memastikan mereka bersedia mengharungi cabaran dalam aktiviti yang disediakan.

Sesi senamrobik bersama para peserta
Checkpoint 1 : Puzzle Gambar
Checkpoint 1 : Puzzle Gambar

MIST’25: Mission Possible menggabungkan beberapa elemen iaitu cabaran minda, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan am melalui lima checkpoint utama.

Setiap kumpulan bergerak dari satu checkpoint ke checkpoint lain yang ditetapkan untuk menyelesaikan tugasan seperti Puzzle Gambar, Lava Lamp Challenge, Trivia Pengetahuan Am, Photo Challenge dan Teka Nama Kad.

Setiap cabaran direka untuk menguji daya fikir kritis, kemahiran eksperimen asas, ketangkasan dan kebolehan berkomunikasi dalam kumpulan.

Sepanjang pertandingan berlangsung, para peserta menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dalam menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

Para fasilitator yang bertugas turut memantau perjalanan setiap checkpoint bagi memastikan keseragaman pengiraan markah dan kelancaran program yang dijalankan.

Checkpoint 2 dan 4 : Lava Lamp Challenge dan Photo Challenge
Checkpoint 2 dan 4 : Lava Lamp Challenge dan Photo Challenge

Setelah semua kumpulan menamatkan laluan cabaran, sesi rehat dan pengiraan markah dijalankan maka majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program, Fathur Rohman Niram dan dikuti dengan ucapan perasmian oleh Mohd Hashimi Ma’ani, Pegawai Sains yang mewakili pihak pengurusan Fakulti Sains dan Matematik.

Program diakhiri dengan pengumuman pemenang, penyampaian hadiah dan cenderahati serta sesi fotografi sebagai tanda kenangan.

Peserta mengambil gambar di Food Fest
Sesi fotografi bersama semua peserta yang terlibat

Penganjuran MIST’25: Mission Possible berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar seperti komunikasi, kepimpinan, kerjasama dan penyelesaian masalah dalam kumpulan.

Program ini turut mewujudkan suasana pembelajaran tidak formal yang menyeronokkan, sekaligus menarik minat para pelajar FSM untuk bergiat aktif dalam aktiviti fakulti.