Prof Dr Abdul Talib bin Mohamed Hashim, Dekan FPM bersama pengurusan dan penasihat setiap persatuan dibawah Fakulti Pembangunan Manusia.Prof Dr Abdul Talib bin Mohamed Hashim, Dekan FPM bersama pengurusan dan penasihat setiap persatuan dibawah Fakulti Pembangunan Manusia.

Oleh: NUR ALIA ZAHIRAH ZAINON HAMZAH TAI

Tanjong Malim, 4 Disember 2025 – Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar FPM 2025 merupakan sebuah acara pengiktirafan rasmi bagi meraikan kecemerlangan dan keterampilan pelajar dalam aspek akademik, kepimpinan, sahsiah serta penglibatan aktif program-program dan di luar fakulti.

Majlis ini merupakan anjuran Unit HEPA FPM dengan kerjasama Persatuan Sahabat Komuniti (PeSKO) FPM bagi sidang 2025/2026 dan dilaksanakan bagi menghargai usaha gigih mahasiswa sepanjang sesi akademik 2024/2025 dan menjadi pemangkin semangat untuk mereka terus berkembang sebagai individu yang holistik, seimbang dan berdaya saing.

Acara ini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, barisan pentadbir fakulti, pensyarah, mahasiswa serta wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Penganjuran majlis ini secara tidak langsung memperkukuh hubungan antara pihak fakulti dan pelajar melalui ruang penghargaan dan apresiasi.

Penganjuran Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar FPM 2025 bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada para mahasiswa yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek termasuk akademik, kepimpinan, sahsiah serta penglibatan aktif dalam kegiatan fakulti dan universiti.

Dekan FPM menyempurnakan gimik perasmian majlis AKP FPM 2025
Pemenang IKON FPM bagi kategori lelaki saudara Shivendren A/L Selvakumar dari Persatuan Bimbingan dan Kaunseling (KASIH) dan Pemenang IKON FPM bagi kategori perempuan Fatin Dalila Binti Azmi dari Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAKK).
Anugerah Persatuan Terbaik

Selain menghargai pencapaian mereka, majlis ini juga berperanan memupuk budaya kecemerlangan dan meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar agar terus berusaha mengembangkan potensi diri.

Di samping itu, program ini diadakan untuk menggalakkan keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah, serta memperkukuh hubungan baik antara pihak fakulti dan pelajar melalui ruang apresiasi dan penghargaan yang formal.

Majlis ini membuktikan bahawa mahasiswa FPM bukan sahaja memiliki kecemerlangan akademik, malah mempunyai keterampilan dan nilai kepimpinan yang tinggi. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus maju dalam pelbagai aspek kehidupan,” ujar Prof. Dr Abdul Talib Bin Mohamed Hashim, Dekan Fakulti Pembangunan Manusia ketika merasmikan Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar FPM 2025 pada 4 Disember lalu.

Dalam ucapan beliau, Dekan turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada team Persatuan Sahabat Komuniti (PeSKO) atas tindakan segera dalam menyantuni serta mengagihkan bantuan FPM Prihatin kepada mangsa banjir di Manjung, Perak beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Beliau menegaskan bahawa usaha tangkas dan berjiwa komuniti seperti itu mencerminkan nilai kemanusiaan dan profesionalisme yang tinggi dalam kalangan mahasiswa FPM, sekali gus menjadi contoh terbaik kepada seluruh warga universiti

Memetik kata kata Puan Noratiqah Binti Satari, Penasihat Persatuan Sahabat Komuniti (PeSKO):

“Saya percaya setiap pelajar yang diraikan hari ini mempunyai potensi besar untuk menjadi agen perubahan dalam masyarakat.

Penglibatan aktif mereka dalam persatuan, program komuniti dan aktiviti fakulti jelas menunjukkan bahawa mahasiswa FPM mampu tampil sebagai generasi yang berjiwa besar, bertanggungjawab serta mampu memberi impak positif kepada komuniti sekeliling.”

Beliau turut menambah bahawa usaha dan komitmen pelajar sepanjang tahun seharusnya diraikan kerana ia melambangkan kekuatan karakter, disiplin dan semangat kesukarelawanan yang tinggi.

Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar FPM 2025 dilaksanakan dengan pengisian acara yang teratur dan bermakna bagi meraikan kecemerlangan mahasiswa dalam pelbagai aspek keterampilan, kepimpinan serta khidmat komuniti.

Tahun ini, penganjuran majlis tampil dengan kelainan melalui tema “Back to School”, di mana seluruh warga fakulti termasuk pelajar, tetamu jemputan dan urus setia hadir dengan pakaian berkonsepkan uniform sekolah, menjadikan suasana majlis lebih kreatif, segar dan mencetuskan nostalgia zaman persekolahan.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, diikuti penyampaian anugerah mengikut kategori utama yang diperkenalkan pada tahun ini.

Antara anugerah yang disampaikan termasuklah Anugerah Persatuan Terbaik, Anugerah Kepimpinan Mahasiswa, Anugerah Kesukarelawanan, Anugerah Ikon FPM (Lelaki dan Perempuan), Anugerah Khas, Anugerah Kepimpinan Pengucapan Awam, Anugerah Kepimpinan Wacana Intelek serta Anugerah Penasihat Terbaik.

Setiap kategori dirangka bagi menghargai pencapaian pelajar dalam aspek akademik, kepimpinan, sahsiah, intelektual serta sumbangan kepada komuniti fakulti.

Suasana majlis bertambah meriah apabila para penerima anugerah diraikan dengan penuh penghargaan oleh rakan-rakan serta barisan pensyarah.

Interaksi yang terjalin sepanjang majlis telah mengukuhkan hubungan antara mahasiswa dan warga fakulti, selain memberi peluang kepada semua untuk sama-sama menghayati nilai kecemerlangan dan semangat komuniti dalam FPM.

Anugerah Kepimpinan Wacana Intelek
Anugerah Kepimpinan pengucapan Awam

Secara keseluruhan, pengisian majlis bukan sahaja meraikan pencapaian individual, tetapi turut menjadi medium refleksi dan pembakar semangat kepada mahasiswa lain untuk terus aktif, berinisiatif dan menyerlahkan potensi diri.

Melalui tema unik, penyampaian anugerah dan pengiktirafan menyeluruh, majlis ini telah berjaya mencipta satu pengalaman bermakna serta memperkukuh budaya keterampilan dalam kalangan warga FPM

Secara keseluruhan, Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar FPM 2025 berjaya mencapai objektifnya sebagai platform penghargaan kepada mahasiswa berketerampilan tinggi.

Penganjuran ini bukan sahaja mencungkil potensi pelajar, tetapi juga memperkasakan perkembangan kepimpinan dan sahsiah mereka. Diharapkan agar usaha murni ini diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan mahasiswa FPM yang unggul, berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran global.