Gimik peluncuran Gimik peluncuran

Oleh: Jamilah Mohd Basir

PUTRAJAYA, 12 Disember 2025 — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melakar satu langkah penting dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak melalui pelancaran Sistem National Child Data Centre (NCDC) 2.0 serta Integrasi Education for Sustainable Development (ESD) in Early Childhood, bersempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari ini.

Program yang bertemakan “Voices, Data & Futures: Listening to the Future through Children’s Eyes” ini disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah, UPSI, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, Deputy Representative (Programme), UNICEF, Sanya Saranovic, dan pelbagai agensi pendidikan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan seterusnya Bright Talk oleh kanak-kanak NCDRC yang mengetengahkan suara mereka sebagai rakan dialog dalam pembangunan masa depan.

Dalam ucapannya, Fadhlina menekankan bahawa pelancaran NCDC 2.0 akan memperkukuh kemampanan data kanak-kanak di peringkat nasional sebagai asas perancangan dasar pendidikan yang berkesan dan responsif terhadap keperluan semasa.

Begitu juga, integrasi ESD in Early Childhood dilihat sebagai inisiatif penting dalam memperkenalkan nilai kemampanan kepada kanak-kanak sejak peringkat awal kehidupan.

Ucapan YBM 
Malaysia MADANI

Acara turut diwarnai dengan persembahan kreatif oleh Cyberdansa & Sekolah Rendah Seri Budiman (SRSB) serta penyampaian Anugerah Pengurusan Data Terbaik NCDC dan Anugerah Pertandingan Logo ESD, yang mengiktiraf sumbangan individu dan kumpulan dalam memperkasa pendidikan kanak-kanak.

Majlis ini mencerminkan komitmen UPSI sebagai institusi pendidikan terkemuka dalam membentuk dasar dan amalan pendidikan awal kanak-kanak, selari dengan aspirasi negara untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat permulaan terbaik untuk masa depan yang inklusif, berilmu serta berdaya saing.