PUTRAJAYA, 18 Mei 2026 – Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Kerjasama Strategik bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 13, Menara KBS, Putrajaya.

Delegasi Pusat Kokurikulum UPSI yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mazuki bin Mohd Yasim telah disambut baik oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS, YBrs. Encik Abd Aziz bin Abd Rahman.

Mesyuarat ini membincangkan hala tuju kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan sukan rekreasi, termasuk cadangan pembangunan standard keselamatan rekreasi dan pendidikan luar kebangsaan serta sistem akreditasi keselamatan pusat sukan air Malaysia.

Kerjasama ini diharap dapat menjadi platform penting dalam memartabatkan bidang sukan rekreasi negara secara lebih sistematik, selamat dan selari dengan keperluan semasa industri rekreasi.