Oleh: Norasibah Abdul Jalil, Norimah Rambeli@Ramli, Zainizam Zakariya, Norsamsinar Samsudin & Hapsah Md Yusof
Gombak, 13 Oktober 2023 – Program Tangani Streskonomi – Jom Jana Pendapatan Melalui Sosmed telah diadakan bersama komuniti sekitar Taman Samudra, Gombak.
Program adalah anjuran bersama UPSI dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Samudra (SKeTSa). Program in mensasarkan wanita ibu tunggal dan juga dari kalangan wanita B40 dari komuniti setempat.


Program bersifat perkongsian ilmu dan pengasahan kemahiran dalam perkara menangani stres yang sering dikaitkan dengan faktor ekonomi, serta berkongsi cara bagaimana masalah ini dapat diselesaikan diperingkat individu tanpa menggunakan modal yang banyak, iaitu melalui penciptaan perniagaan menggunakan rangkaian sosial media yang ada.
Dua pakar daripada UPSI yang diberi tanggugjawab melaksanakan sesi talk and hands-on ini adalah Dr Hapsah Md. Yusof, yang merupakan pakar dalam bidang kaunseling dan Dr. Norsamsinar Samsudin, pakar dalam bidang keusahawanan.



Sesi berjalan santai dengan perlbagai isu diutarakan dari kalangan peserta dan ditangani dengan baik oleh penceramah yang mengendalikan sesi. Kerjasama serta sikap keterbukaan yang dipamerkan dalam kalangan peserta dan pihak sekolah, membantu perlaksanaan program berjalan dengan lancar.


Majlis juga diserikan dengan kehadiran Naib Yang Dipertua PIBG, SK Taman Samudra, Puan Nur ‘Afifah Idrus, yang turut hadir untuk memberikan sokongan moral kepada para wanita dan ibu tunggal dan menyeru untuk terus menyertai program-program bermanfaat sebegini.
Beliau dan pihak sekolah juga berharap agar lebih banyak program seperti ini dijalankan khususnya buat komuniti setempat.
Ribuan terima kasih diucapkan pada semua pihak yang turut menjayakan iaitu Persatuan PIBG SKeTSa, Komuniti Taman Samudra yang mengambil bahgian, ADABI dan Syarikat S&F selaku penaja goodies bag dan tidak dilupakan kepada RMIC – UPSI bagi pemberian dana KPT dibawah geran Program Pindahan Ilmu 2024.
