Oleh: Farah Nabiela Md Nazri, Muhammad Irham Ruslan Fadzil & Ummikalsum Mat Lazim

Tanjong Malim, 10 Januari 2025 – Persatuan Tahfiz Qiraat (PTQ), Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI), Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Program Talk Sharing ‘Mental Health Rileks Sebelum Final’ dengan kerjasama Al-Mursyidin Club UPSI, Persatuan Pendidikan Islam UPSI, Rakan Siswa YADIM UPSI, Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI, HARMONI UPSI dan Persatuan Bahasa Arab UPSI. Program ini melibatkan pelbagai lapisan warga UPSI terutamanya para mahasiswa, pensyarah dan warga maya secara atas talian yang berlangsung di Youtube Live PTQ Official.

Tetamu jemputan utama untuk program ini ialah Amirul Ramli, seorang pakar psikologi dan merupakan seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang mempunyai 215 ribu pengikut di aplikasi tersebut yang selalu berkongsi tentang kesihatan mental. Program ini mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa UPSI dan pihak luar yang mana jumlah tontonan siaran langsung tersebut mencecah sebanyak 1,275 orang tontonan.

Amirul Ramli di dalam program ‘talk sharing’ ini berkongsi tentang tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa dan tips kepada mereka dalam menghadapi ujian akhir semester yang bakal tiba. Beliau juga berkongsi tentang konsep persepsi serta bagaimana sistem otak manusia berfungsi dalam menghadapi sesuatu tekanan. Pada akhir perkongsian peogram, beliau juga berkongsi tentang langkah-langkah yang perlu mahasiswa ambil cakna supaya dapat menangani pelbagai masalah kesihatan mental.

Menurut Pengarah Program, Farah Nabile dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan menjaga kesihatan mental sebagai persediaan menghadapi tekanan akademik, khususnya menjelang peperiksaan akhir.” Kesihatan mental adalah asas kejayaan, bukan sahaja dalam peperiksaan tetapi juga dalam kehidupan. Program ini bertujuan membantu pelajar mengenali tanda-tanda tekanan dan memberikan mereka alat serta strategi untuk mengatasinya dengan berkesan. Kami percaya bahawa dengan minda yang tenang, pelajar dapat memberikan prestasi terbaik mereka.

Sesi cabutan bertuah diadakan dan 5 pemenang yang bertuah dapat membawa pulang wang tunai
Penonton bertanyakan soalan melalui platform Youtube Live PTQ Official

Program ini mendapat sambutan hangat dengan kehadiran mahasiswa UPSI dari pelbagai fakulti. “Terbaik program ini, siaran langsung dengan audio dan visual yang jelas serta perkongsian yang santai daripada penceramah yang berpengalaman membuatkan saya berpuas hati menyertainya” kata seorang peserta.

Penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk menggalakkan mahasiswa mengambil berat tentang kesihatan mental. Program ini berjaya memperkukuh kefahaman peserta tentang kesihatan mental serta dapat menarik penyertaan lebuh ramai daripada pelbagai pihak sama ada mahasiswa UPSI mahupun mahasiswa luar.