Oleh: Farah Adiba Zulkeflee
Tanjung Malim, 14 Disember 2025 – International Conference of Applied Sciences and Education (i-CASE 2025) telah berlangsung pada 12 hingga 14 Disember 2025 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.
Program ini dianjurkan agar dapat mengumpulkan pelbagai ahli akademik, penyelidik, pendidik serta pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi berkongsi pengetahuan, hasil penyelidikan serta inovasi terkini selari dengan keperluan pendidikan masa hadapan.
Program i-CASE 2025 ini telah dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama daripada pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan mahupun antarabangsa.
STEM ambassador di bawah STEM Nurturing Center, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dijemput sebagai tetamu jemputan rasmi bagi memeriahkan program melalui penglibatan dalam pameran dan aktiviti perkongsian ilmu.
Penyertaan STEM ambassador sebagai tetamu jemputan telah memeriahkan program melalui pameran interaktif yang mempamerkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
Antara item yang dipamerkan termasuk pencetak 3D, Pocket Lab, permainan pendidikan Math Ace dan 3D Pen.Pameran yang dikendalikan oleh empat orang pempamer ini memberi pendedahan secara langsung kepada pengunjung terhadap aplikasi STEM dalam pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, program ini disasarkan kepada pensyarah dan penyelidik, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah, guru, komuniti akademik dan awam yang berminat dalam STEM.
Penyertaan melibatkan ratusan peserta dari dalam dan luar negara, termasuk kehadiran pengunjung ke ruang pameran sepanjang program berlangsung.
Program ini juga turut menampilkan beberapa tokoh akademik terkemuka sebagai penceramah utama, antaranya profesor jemputan dari universiti tempatan dan antarabangsa.
Penglibatan STEM ambassador sebagai tetamu jemputan turut membuka ruang kepada ahli kelab untuk berinteraksi secara langsung dengan tokoh akademik serta peserta program, sekali gus memperluaskan jaringan profesional dan akademik.

Penyertaan STEM ambassador dalam i-CASE 2025 telah berjaya dalam meningkatkan pendedahan ahli terhadap dunia akademik dan penyelidikan.
Seterusnya dapat memperkasa kemahiran komunikasi dan pembentangan dalam kalangan pempamer dan turut dapat menggalakkan minat terhadap STEM dalam kalangan pengunjung Program ini juga menyumbang kepada pembangunan bakat muda serta memupuk budaya inovasi dan pemikiran kritis.
Menurut salah seorang pempamer, penyertaan dalam i-CASE. 2025 memberi pengalaman berharga dan membuka peluang untuk berkongsi idea STEM dengan komuniti akademik yang lebih luas.
Diharapkan penganjuran program seperti i-CASE dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform perkongsian ilmu dan pembangunan STEM secara berterusan.
Penglibatan aktif STEM ambassador dalam program sebegini diharap dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berdaya saing, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia pendidikan dan teknologi masa hadapan
