Oleh : Mohamad Nor Zakuan Abdul Rashid & Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi (NCDRC)

SABAK BERNAM: Pendidikan yang sempurna dan berkualiti memberi ruang yang besar dalam kemenjadian kanak-kanak untuk menikmati perkembangan tidak hanya secara akademik dan prestasi tetapi nilai murni dan sifat mahmudah yang perlu diterapkan dalam diri mereka.

Nilai murni dalam perhubungan sosial hari ini sangat diperlukan untuk memastikan generasi mendatang memahami dengan jelas tentang budaya pekerti, tolong menolong, toleransi, kerjasama dan sebagainya.

Bagi menyokong kata-kata tersebut, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) telah menjalani program semarak kasih bersama anak yatim bertempat di Asrama Anak Yatim Miskin Sekendi, Selangor. Program ini melibatkan perwakilan NCDRC yang terdiri daripada warga pendidik, kanak-kanak dan ibubapa.

Menurut Noraida Othman selaku pendidik yang hadir menyatakan rasa syukur dan bangga program ini berjalan dengan baik.

“Saya bersyukur Allah SWT memberi peluang kepada kami untuk kami menjalankan program ini. Kami berharap semaian yang tanam dalam program ini dapat berkembang subur dalam diri kanak-kanak sehingga mereka besar dapat menjadi seorang yang berbakti kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Kanak-kanak sedang berkongsi cenderahati bersama penghuni

Sebagai pendidik perlulah sedar bahawa mendidik kanak-kanak seperti mengukir sebuah PERMATA. Ianya memerlukan pengorbanan, ketekunan, kesabaran dan strategi dalam memastikan kesempurnaan bentuk sebuah permata yang indah.

Oleh kerana itu, pendidik perlu menanamkan sifat dan budaya sukarelawan ini tidak hanya dalam diri kanak-kanak, tetapi juga dalam diri pendidik itu sendiri.

Ini kerana kanak-kanak melihat apa yang ditunjukkan di depan mereka dan mereka secara tidak langsung belajar memahami tentang budaya tersebut dengan kefahaman mereka.

Aktiviti sukarelawan ini memberi gambaran jelas bahawa sokongan komuniti yang tinggi mewujudkan suasana harmoni dalam perhubungan dan talian sesama manusia.

UPSI sebagai Peneraju Kebitaraan Pendidikan juga menerapkan budaya sukarelawan dalam diri mahasiswa melalui beberapa persatuan gerak cepat seperti ResQ Siswa UPSI dan lain-lain lagi

NCDRC juga dengan hubungan baik bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Muallim sentiasa bekerjasama dalam misi sukarelawan dalam membantu masyarakat yang terdampak musibah dan bencana alam.

Melalui misi sukarelawan ini, NCDRC terlibat dari segi penyediaan bahan asas, pakaian dan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak untuk memberi sokongan dan dorongan demi meningkatkan semangat untuk terus hidup dan bangun lagi mencari pelangi setelah hujan yang lebat.

“Saya sentiasa sedaya upaya akan memberi waktu dan diri saya untuk terus berbakti kepada masyarakat keranamungkin ini jalan asbab untuk kami warga pendidik diberikan kekuatan dan kecekalan untuk terus menempuh jalan sebagai seorang pendidik demi anak bangsa,” kata Cikgu Zakuan dalam ucapannya.

Komited NCDRC dalam aktiviti sukarelawan akan melahirkan banyak lagi bakal pemimpin yang berjiwa komuniti melalui sokongan pendidik dan ibubapa.

Penerapan budaya sukarelawan ini tidak hanya membantu masyarakat yang kesusahan tetapi dapat membina sahsiah dan keperibadian tinggi sebagai seorang rakyat Malaysia.

Ini juga bukti NCDRC sentiasa menyokong hasrat Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff dalam membina mahasiswa dan warga UPSI yang sentiasa dekat dengan masyarakat dan bermanfaat kepada komuniti setempat serta menjadi pusat rujuk dalam semua perkara.

Aktiviti sukarelawan banjir di Kg Orang Asli Chinggung, Muallim dan PPS SK Behrang, Batu 8, Behrang Ulu
dan Pekan Trolak, Perak

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)