Oleh: FARAH FARHANA MOHD YUSOK dan MUHAMMAD NUR DZULHILMY AHMAD TERMIZI
Tanjong Malim, 10 Oktober 2024 – Kelestarian alam sekitar bermula daripada pemilihan barangan runcit yang tahan lama, boleh dikitar semula dan juga biodegradasi.
Gabungan dua aktiviti, iaitu forum antarabangsa bertajuk ‘Sustainable Grocery Shopping’ atau pembelian runcit secara lestari dan Pertandingan Poster Sustainable Grocery Shopping telah dilangsungkan dengan jayanya melalui anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) bersempena dengan program Muallim International Science, Technology, Innovation, Mathematics and Sustainable Fiesta 2024 (MIST’24) bersama-sama rakan kolaborasi Rakan Alam Sekitar UPSI, UTAR Sg. Long, Taylor’s Nature Club, Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter, UiTM Shah Alam, Kelab Alam Sekitar IPGK PM, UNESCO Club UKM, Planeteers Club, UTHM, UTAR Sustainable Development Club serta rakan kerjasama; Greenpeace malaysia, Youths United For Earth, Zero Waste Earth Store dan Yayasan Wastehub Lestari Alam Indonesia.
Green Cart Art Pertandingan Poster Sustainable Grocery Shopping bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemilihan produk yang mesra alam, pengurangan penggunaan plastik sekali guna dan memupuk semangat untuk mengamalkan 4R 2C (Reuse, Reduce, Recycle, Rethink, Compost, Close The Loop) di samping memupuk minda kreatif dalam penghasilan karya berbentuk poster.

Program ini telah disertai oleh 106 pelajar peringkat sekolah menengah dan universiti awam serta swasta, yang telah diadili oleh Greenpeace Malaysia dan Youths United For Earth (YUFE).
Pertandingan ini bermula pada 20 September 2024 sehingga 10 Oktober. Para pemenang telah dinilai berdasarkan hasil kreativiti poster yang dihasilkan serta yang bertepatan dengan konsep program.
Seterusnya, forum antarabangsa yang berlangsung secara atas talian melalui platform Google Meet dan Facebook Live pada 10 Oktober 2024 mendapat sambutan hangat oleh para pelajar universiti dari Malaysia dan Indonesia.

Forum tersebut turut dihadiri oleh tiga panel dari organisasi Greenpeace Malaysia, Zero Waste Earth Store, serta Yayasan Wastehub Alam Lestari iaitu Madam Hema Sulakshana, Madam Jaclynnd serta Madam Ranitya Nurlita serta seorang moderator dari Persatuan Mahasiswa Sains iaitu June Cheah Hueih Juinn.
Terdapat tiga pusingan dalam forum tersebut iaitu “Sustainability in Campus”, “Sustainability in Education and Leadership” serta“Shaping the Future of Consumer Behavior”.
Pelbagai konsep baharu telah dikongsikan oleh para panel seperti concept of sustainability, greenwashing, green logistics, social entrepreneurship in saving environment, pembentukan tabiat untuk mengekalkan kegiatan 4R serta membeli produk yang mesra alam.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana isu-isu alam sekitar dan cabaran iklim di seantero dunia boleh dikatakan berada dalam keadaan kritikal serta kepentingan dalam merealisasi penekanan terhadap SDG 4: Quality Education, SDG 12: Responsible Consumption and Production dan SDG 13: Climate Action dalam komuniti masyarakat.
Program seperti ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara universiti dengan masyarakat sekaligus bekerjasama menghadapi cabaran iklim pada masa hadapan kelak dengan bantuan masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar yang menghijau lagi indah.
Dengan itu, isu alam sekitar perlu dipandang serius, dan tindakan yang lebih bijak dalam kehidupan kita perlu diambil kerana setiap pembelian yang kita buat akan memberi impak kepada alam sekitar kita pada masa hadapan.
