Oleh: Nor Hasliana Ramali

Tanjong Malim, 5 Januari 2025 – Keunikan dan kreativiti bersatu dalam kehangatan program istimewa “Handmade Happines: Made With Love”, sebuah inisiatif luar biasa anjuran Exco Blok Kediaman 4, Majlis Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) Sidang 2024/2025, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang mengubah Dewan Kolej Harun Aminurrashid menjadi ruang yang penuh keceriaan dan inspirasi.

Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada peserta untuk melepaskan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental melalui aktiviti kraf tangan yang kreatif dan memuaskan.

Poster Program

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyediakan platform untuk peserta meneroka  dan mengembangkan kemahiran kreatif mereka melalui pembuatan barangan buatan tangan.

Pada masa yang sama, program ini juga bertindak sebagai satu medium untuk memperkukuh hubungan sosial dalam kalangan peserta dengan menyediakan ruang interaksi dan kolaborasi yang mesra dan santai.

Peserta membuat kraf tangan

Program yang berlangsung dari jam 8 malam hingga 11 malam ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 180 orang mahasiswa dan mahasiswi UPSI.

Dengan bayaran yuran penyertaan serendah RM2 sehaja, para peserta berpeluang untuk mempelajari kemahiran baharu serta mereka juga dapat membawa pulang hasil ciptaan mereka sendiri, memberikan nilai sentimental kepada pengalaman program ini.

Pengarah Program Handmade Happiness: “Made With Love”, Nur Ayuniey Rosli, dalam ucapannya mengucakapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap agar program ini dapat menjadi satu medan untuk para peserta meningkatkan kesejahteraan mental.

Felo Blok Kediaman 4, Kolej Harun Aminurrashid iaitu Dr. Maskanatul Fiqiyah memberi inspirasi kepada para peserta dengan kata-kata motivasi yang penuh makna, “Mulakan sesuatu yang kecil untuk mencipta sesuatu yang besar.

Ucapan Felo Blok Kediaman 4, Dr Maskanatul Fiqiyah

Seperti maraton sejauh 10,000 langkah, ia bermula hanya dengan satu langkah yang kecil.”

Program “Handmade Happiness: Made With Love” berjaya mencapai objektifnya apabila para peserta tidak hanya membawa pulang hasil seni buatan mereka, tetapi juga pengalaman berharga dalam mempelajari kemahiran baharu serta menjalin hubungan lebih erat dengan rakan-rakan kolej.

Ucapan Pengarah Program, Nur Ayuniey Rosli

Suasana ceria dan harmoni yang tercipta sepanjang program ini mencerminkan kejayaan usaha pihak penganjur dalam menyediakan aktiviti yang bermakna dan bermanfaat kepada komuniti UPSI.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pengarah program dan seluruh ahli jawatankuasa pelaksana atas usaha dan dedikasi mereka dalam menjayakan program ini.

Sesi Fotografi Peserta Bersama AJK dan Felo Blok Kediaman 4

Sambutan yang menggalakkan menunjukkan bahawa program ini telah menjadi platform positif dan bermakna buat warga Kolej Harun Aminurrashid khususnya, serta komuniti UPSI secara amnya.