Oleh: Dr. Wan Nurul Huda Wan Ab Kadir

Tanjong Malim, Perak, 21 Januari 2025- Program SULAM ‘Little Scientists’ dilaksanakan dengan kerjasama pelajar daripada Fakulti Sains dan Matematik (FSM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkolaborasi bersama Tadika Sinar Bakti.

Program ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pentadbir serta para guru Tadika Sinar Bakti bersama murid tadika bagi mencipta pengalaman pendidikan yang menarik dan interaktif dengan menggabungkan eksperimen dan aktiviti praktikal dalam pendidikan sains awal mereka. Matlamat utama program ini dirancang untuk memupuk rasa ingin tahu, memberikan pendedahan tentang konsep asas sains dan STEM serta  mempromosikan tabiat pembelajaran dan penjagaan diri sepanjang hayat.

Program ini ini menerapkan pembelajaran Sains melalui ‘fun learning dan eksperimen terhadap murid-murid tadika. Pembelajaran Sains yang menarik ini dapat menghasilkan murid tadika yang dapat mengalami pembelajaran berteraskan STEM di samping dapat meningkatkan minat murid tadika tadika seawal usia empat tahun terhadap Sains dan STEM. Program ni menerapkan pembelajaran Sains yang menarik dengan pelbagai aktiviti berasaskan permainan serta dijalankan secara praktikal. Semua aktiviti yang menarik ini direka sendiri oleh pelajar-pelajar UPSI selaku fasilitator program tersebut.

Antara aktiviti yang menarik semasa program ini dijalankan adalah aktiviti Nourish Now yang bertemakan makanan seimbang dan pengenalan kepada pinggan suku suku separuh. Semasa aktiviti ini berlangsung murid tadika diberikan pengenalan mengenai kumpulan makanan iaitu, serat (vitamin), karbohidrat, protein dan lemak. Fasilitator memperkenalkan kumpulan makanan yang perlu diambil secara banyak, sederhana dan sedikit serta konsep suku-suku separuh kepada murid tadika.

Murid tadika diperkenalkan dengan konsep gizi seimbang serta konsep pengambilan makanan suku-suku separuh bagi setiap kumpulan makanan

Selain itu, pengisian program ‘Little Scientist’ diserikan lagi dengan aktiviti Sains secara praktikal “DIY Ice Cream & Lava Lamp Adventure. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada murid tadika tentang konsep asas sains seperti ketumpatan, keadaan jirim seperti pepejal, cecair dan gas serta pergerakan cecair melalui eksperimen yang mereka sendiri laksanakan. Aktiviti ‘DIY Ice Cream’ iaitu penghasilan aiskrim dengan membekukan campuran menggunakan teknik goncangan bersama ais dan garam. Seterusnya, aktiviti ‘DIY Lava Lamp’ iaitu penghasilan lampu hiasan yang menggunakan cecair yang berbeza ketumpatan.

Murid-murid teruja menghasilkan aiskrim DIY menggunakan teknik goncangan bersama ais dan garam
Murid tadika menghasilkan DIY Lava Lamp

Bengkel sains pula merupakan aktiviti yang direka khas untuk memberi peluang kepada murid tadika memahami sains dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Aktiviti ini bertujuan untuk menarik minat mereka terhadap dunia sains melalui eksperimen mudah tetapi menarik, seperti membina dan menguji parachut telur. Dalam aktiviti ini, murid tadika akan menggunakan bahan-bahan asas seperti telur, sarang telur, kapas, dan plastik untuk mencipta sebuah payung terjun yang mampu melindungi telur daripada pecah apabila dijatuhkan dari ketinggian tertentu. Melalui eksperimen ini, murid tadika bukan sahaja dapat meneroka konsep-konsep asas fizik seperti graviti dan rintangan udara, tetapi juga mengembangkan kemahiran kreatif, berfikir secara kritis,dan bekerjasama.

Aktiviti parachut telur bersama murid tadika

Bengkel sains pula merupakan aktiviti yang direka khas untuk memberi peluang kepada murid tadika memahami sains dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Aktiviti ini bertujuan untuk menarik minat mereka terhadap dunia sains melalui eksperimen mudah tetapi menarik, seperti membina dan menguji parachut telur. Dalam aktiviti ini, murid tadika akan menggunakan bahan-bahan asas seperti telur, sarang telur, kapas, dan plastik untuk mencipta sebuah payung terjun yang mampu melindungi telur daripada pecah apabila dijatuhkan dari ketinggian tertentu. Melalui eksperimen ini, murid tadika bukan sahaja dapat meneroka konsep-konsep asas fizik seperti graviti dan rintangan udara, tetapi juga mengembangkan kemahiran kreatif, berfikir secara kritis,dan bekerjasama.

Aktiviti yang lain seperti Let’s Dance (Anatomi) juga dijalankan bersama murid tadika. Melalui lagu-lagu ini, murid tadika diajar mengenali bahagian tubuh badan sambil bergerak mengikuti lirik lagu. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu meningkatkan daya ingatan peserta terhadap bahagian tubuh yang disebutkan. program mengenai penjagaan diri telah diperkenalkan iaitu “Little Hygiene Warrior” pula merupakan aktiviti untuk mendidik tentang konsep penjagaan diri yang betul bagi membentuk amalan kebersihan yang baik dalam kehidupan seharian.

Murid menjalankan aktiviti Let’s Dance (Anatomi)
Murid gembira melaksanakan aktiviti Little Hygiene Warrior bersama fasilitator

Program ini dapat memupuk sifat kelestarian sosial yang mana murid-murid ini mempunyai rasa kebertanggungjawaban terhadap diri, keluarga dan komuniti dan lebih meminati bidang Sains dan STEM setelah mengalami pembelajaran secara fun learning dan eksperimen melalui program ‘Little Scientist’.