Oleh: NORIMAH RAMBELI,WAN HARITH SYAFIQ IRFAN, NAJIHAH FADZLI
Tanjong Malim, 11 Januari 2025 – Persidangan Projek Penyelidikan Ekonometrik Pertengahan (PPPEP), anjuran Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), di bawah subjek Ekonometrik Pertengahan, telah diadakan pada 11 Januari 2025.
Dengan tema ‘Memahami Isu Semasa Makroekonomi Melalui Penggunaan Data Siri Masa’,
persidangan ini dihadiri oleh 57 orang pembentang yang terdiri daripada penyelidik muda
yang telah menyiapkan projek ekonometrik pertengahan.
Panel juri sesi 1 terdiri daripada Profesor Madya Dr. Norimah Rambeli dan tokoh penyelidik muda persidangan sesi 2024, Muhammad Nasharudin Ab Raub. Panel bagi sesi kedua pula Profesor Madya Dr. Norimah Rambeli dan Puan Emilda Hashim.
PPPEP dianjurkan oleh Jabatan Ekonomi, FPE dengan tujuan utama untuk memperluas
wawasan serta memastikan generasi muda masa kini sentiasa peka terhadap isu-isu ekonomi
semasa, baik di dalam mahupun luar negara, melalui penyelidikan dan penggunaan data yang
relevan.
Majlis ini dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Norimah Rambeli, pensyarah subjek
Ekonometrik Pertengahan.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyatakan keyakinan bahawa persidangan ini dapat melahirkan penyelidik muda yang kompetitif di peringkat antarabangsa serta meningkatkan kualiti ekonomi negara. Selepas ucapan perasmian, ucaptama persidangan disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Fauziah Che Leh dengan tajuk ‘TCM dalam Kajian Pelancongan Pinggir Pantai’.
Sebanyak 10 orang pembentang terbaik telah dinobatkan iaitu Muhammad Syazwan Rosley,
Siti Hajjar Abd Rahman, Nurnabila Abdul Rahim, Syifa Aqila Abdul Rahman, Muhammad
Asnawi Gan, Noor Batrisha Arina Khirzamri, Nurul Hanadilaila Abdul Wahid, Nur Tasnim
Mohd Amin, Nur Dini Camelia Zainon, dan Muhammad Nursyahmi Osman.
Persidangan ini telah melahirkan seorang tokoh penyelidik muda iaitu Abdul Amirul Hakimi Abdul Hamir
yang berjaya menghasilkan penyelidikan ekonometrik yang berkualiti.
Persidangan ini juga mengiktiraf tiga kumpulan terbaik secara keseluruhan berdasarkan kualiti data dan
pembentangan. Tempat ketiga diraih oleh Abdul Amirul Hakimi Abdul Hamir, Nur Dini Camelia Zainon, dan Muhammad Khairul Afiq Samsudin, diikuti tempat kedua oleh Nurnabila Abdul Rahim, Izzat Danial Haq Yusri, dan Muhammad Akmal Hashim.
Kumpulan terbaik keseluruhan terdiri daripada Noor Batrisha Arina Khirzamri, Dania Safiah Abu Bakar,
dan Husna Jamal Abdul Nasir.PPPEP telah membuktikan komitmen Jabatan Ekonomi, FPE dalam menyediakan platform terbaik bagi mahasiswa dan mahasiswi untuk merasai pengalaman persidangan setaraf dengan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Persidangan ini juga menunjukkan usaha
Jabatan Ekonomi, FPE dalam menghasilkan graduan penyelidik muda yang kompetitif untuk
negara.
