Oleh: Muhammad Majdan Ismail dan Muhammad Safwan Ismail

Tanjong Malim, 28 Mei 2025- Program Tadabbur Quran MUFIQ anjuran Pusat Islam UPSI dengan kerjasama Akademi Nasyrul Quran, Yayasan Restu dan Institut Personaliti Quran serta melibatkan mahasiswa dan mahasiswi dari setiap Fakulti telah dilaksanakan buat julung kalinya.

Program ini merupakan kerjasama dari Kementerian Pengajian Tinggi serta melibatkan seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan Universiti Pertama yang memulakan sesi tadabbur.

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin. Sesi tadabbur telah disampaikan oleh Mejar Jeneral (B) Dato’ haji Nawawi bin Daud, Pengarah Institut Personaliti Quran (IPEQ) dan Prof. Madya Dr. Hasnan bin Kasan, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Penyertaan seramai 100 orang peserta yang terdiri dari kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi serta kakitangan UPSI yang turut hadir pada hari ini bagi mendengar sesi tadabbur yang disampaikan. Program ini akan diteruskan bagi sesi yang kedua iaitu pada 30 Julai 2025.

Nantikan maklumat terkini yang akan disampaikan dari masa ke semasa melalui media sosial rasmi Pusat Islam UPSI berkaitan Program Tadabbur Quran MUFIQ. Semoga semua para peserta mendapat manfaat dari usaha untuk Mudah untuk Faham Isi Al-Quran.