Oleh: Puan Bazliah Ahmad Mahmud dan Mohd Ali Abdul Malek

Tanjong Malim, 28 Mei 2025- Program Praktikal Ibadat & Pembangunan Insan (MIHRAB) Modul 2 telah berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Al-Mursyidin UPSI.

Modul Tauhid telah dimudahcarakan oleh Ustaz Azizi Jasa, Pusat Islam UPSI.

Barisan fasilitator Pusat Islam telah mengendalikan sesi modul kepada para peserta dalam kalangan pelajar semester lima. Sesi pembentangan telah dilaksanakan oleh para peserta berkaitan pemahaman ilmu tauhid dalam kalangan mahasiswa muslim.

Semoga pelaksanaan Program MIHRAB Modul 2 ini dapat membentuk kemenjadian mahasiswa selaras dengan MIHRAB itu sendiri iaitu “Membangun Insan Holistik, Rasional, Beradab & Berakhlak”.