Oleh: Arissa Hasya Auni
Tanjong Malim, 29 Mei 2025 – “PKM sasar tujuh jurnal untuk pengindeksan MyCite Tahun 2025”. Demikian ucapan Timbalan Pengarah (Penarafan dan Pengantarabangsaan), Pejabat Karang Mengarang (PKM), Dr Laili Farhana Md Ibharim ketika memberi ucapan aluan sempena Bengkel Pengindeksan Jurnal Ilmiah Malaysia (MyCITE): Panduan Mendapat Pengindeksan Berimpak Tinggi pada hari ini yang berlangsung di Kompleks RMIC, UPSI.
Beliau yang mewakili Pengarah PKM berkata, tujuh jurnal tersebut ialah Jurnal Geografi, Jurnal SIBAWAYH Arabic Language Education, Jurnal Evaluation Studies in Social Sciences, Jurnal Valartamil, Jurnal Peradaban Melayu, Jurai Sembah dan ERUDITE: Journal of Chinese Studies and Education.

Sementara itu, Profesor Dato’ Dr Roslan Abd Shukor berkongsi dengan para peserta berkaitan Jawatankuasa Penilaian MyCITE, statistik penerbitan jurnal Malaysia dari MyJurnal, MyCITE, Asean Citation Index (AC), Scopus, WoS dan Lorem Ipsum. Beliau turut berkongsi mengenai proses penilaian jurnal MyCITE dan ACI.
“Antara kriteria asas penilaian MyCite termasuklah keperluan mempunyai pernyataan etika penerbitan dan penerbitan jurnal hendalah diindeks dalam MyJurnal terlebih dahulu dalam tempoh tiga tahun berturut turut” tambahnya.
Kriteria yang mendatori pada 2025 mengikut konvensyen editorial antarabangsa termasuklah Digital Object Identifier (DOI) dan perakuan (acknowledgments) serta rujukan (roman alphabet & DOI disyorkan).

Dr Mohd Farhan pula berkongsi dengan peserta mengenai top 20 penulis di negara ini berdasarkan penerbitan dan sitasi selain permohonan MyCITE pada tahun 2024. Beliau turut berkongsi sebab-sebab jurnal yang tidak berjaya diindekskan pada tahun 2024. Antaranya melibatkan polisi jurnal, kandungan. pendirian jurnal, kekerapan penerbitan dan kebolehcapaian secara dalam talian.
Pada sebelah petangnya, beliau membimbing editor jurnal yang mengemukakan permohonan pada tahun 2024 tetapi tidak berjaya. Bimbingan ini dilihat dapat membantu mereka dalam menambahbaik setiap kekurangan yang dimaklumkan oleh pihak Pusat Sitasi melalui surat bertarikh 25 Februari.
Menurut Ketua Seksyen Penerbitan Jurnal PKM, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, bengkel ini dihadiri lebih 20 orang peserta yang terdiri daripada ketua editor dan editor jurnal termasuk jurnal-jurnal baharu yang diluluskan pada 2025.
“Jurnal-jurnal baharu yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan (JP) pada13 Januari 2025 dan 17 Mei 2025 ialah Journal of Gamification and Game-Based Learning (META), Journal of Arts, Design & Creative (FSKIK), Malaysian Postgraduate TVEY Journal (FTV) dan Journal of Education in Life Sciences and Mathematics (ELSIM) (FSM)” kata Ahmad.
