Oleh: Dr. Jamilah Mohd Basir

Tanjong Malim, 12 Julai 2025 – Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) telah mengadakan Bengkel Sembang Sifu: Bicara Seni Bicara Pendidik: Ke Arah Pengucapan Awam Bertaraf Global di Dewan Jauhar NCDRC, UPSI. 

Bengkel ini telah disertai oleh 23 orang iaitu pihak pengurusan, pendidik dan pembantu guru NCDRC. Penceramah bengkel ini adalah Dr. Izdihar Jamil (PhD) warganegara Malaysia yang kini tinggal di California. Beliau merupakan pengarang buku terlaris sebanyak 21 kali, kurator TEDx dan Pengasas Diamond Queen Publishing. 

Menurut beliau, 1 minute talk adalah terkait dengan storytelling, hook in and rehearsal.

Bengkel yang berlangsung selama 3 jam itu telah memberi peluang kepada peserta untuk belajar kaedah yang lebih tepat untuk bercakap dan mempelajari beberapa teknik pengucapan yang lebih menarik minat penonton.

Kandungan penceritaan perlu ada elemen keunikan, spesifik dan perbezaan. Elemen drama juga perlu diselitkan untuk penceritaan yang lebih menarik.

Justeru, peserta diingatkan untuk mengulang tiga langkah ini untuk menjadikan pengucapan yang disampaikan lebih yakin dan menarik.

Objektif bengkel ini adalah meningkatkan keyakinan peserta untuk bercakap di pentas atau semasa di kelas bersama kanak-kanak di TASKA atau TADIKA.

Selain daripada itu, bengkel ini memberikan idea kepada pendidik dan pembantu guru untuk melatih kanak-kanak agar lebih berkeyakinan untuk bercakap di hadapan kelas atau pentas.

Bengkel yang berlangsung selama 3 jam itu telah memberi peluang kepada peserta untuk belajar kaedah yang lebih tepat untuk bercakap dan mempelajari beberapa teknik pengucapan yang lebih menarik minat penonton. Kandungan penceritaan perlu ada elemen keunikan, spesifik dan perbezaan. Elemen drama juga perlu diselitkan untuk penceritaan yang lebih menarik.

Bengkel ini telah memberikan banyak manfaat kepada peserta yang hadir. Diharapkan bengkel ini menjadi titik permulaan peserta untuk cuba bercakap dengan lebih yakin dan bengkel ini dapat diteruskan untuk siri akan datang