Sesi bergambar bersama para penerima dalam sesi penyerahan 216 naskhah al-Quran kepada sekolah-sekolahdi sekitar Merlimau, MelakaSesi bergambar bersama para penerima dalam sesi penyerahan 216 naskhah al-Quran kepada sekolah-sekolahdi sekitar Merlimau, Melaka

Oleh: Cik Afifah Adriana Aznan

Merlimau, 25 Julai – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dengan kerjasama erat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya (MTMZA) telah menyerahkan wakaf sebanyak 216 naskhah al-Quran kepada lima buah sekolah terpilih di negeri Melaka, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa pendidikan Islam dan memperluas manfaat ilmu al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah.

Majlis penyerahan telah diadakan secara rasmi di Sekolah Kebangsaan Serkam Darat dan disempurnakan oleh Guru Besar SK Serkam Darat, Puan Noor Arifah Haji Abd Rahman bersama wakil UPSI dan barisan pentadbir sekolah yang menerima manfaat sumbangan ini.

Lima sekolah yang menerima wakaf al-Quran tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Serkam Darat, Sekolah Kebangsaan Pulai, Sekolah Kebangsaan Sempang, Akademi Al-Quran  An-Nur dan Sekolah Rendah Agama Jaim Pulai.

Majlis penyerahan al-Quran kepada penerima
Penyerahan naskhah al-Quran kepada penerima
Penyerahan naskhah al-Quran kepada penerima

Menurut Pengarah UCTC, Prof. Dr. Mohd Azlan Nafiah, inisiatif wakaf ini adalah hasil sumbangan masyarakat prihatin melalui Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang ingin menyokong pendidikan al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Program ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial universiti (CSR) yang memfokuskan kepada pembangunan rohani dan pembinaan sahsiah pelajar.

“Semoga naskhah al-Quran yang diwakafkan ini menjadi sumber pahala berterusan dan memberi manfaat kepada generasi muda dalam mendalami serta mengamalkan ajaran Islam,”.

Penyerahan naskhah al-Quran kepada penerima
Penyerahan naskhah al-Quran kepada penerima
Penyerahan naskhah al-Quran kepada penerima
Penyerahan sijil penghargaan dan cenderahati dari pihak sekolah kepada pihak UPSI

Pihak sekolah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UPSI dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atas sumbangan yang bermakna ini. Mereka menyifatkan inisiatif ini sebagai satu usaha yang sangat mulia dalam memupuk budaya ilmu dan kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan pelajar.