Penulis: Dr. Noor Hidayah Che Lah, Penyelaras RISE@UPSI & Inovasi, RMIC UPSI
PUTRAJAYA, 7 November 2025– Hari Ke-4 Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025 menyaksikan gelombang kreativiti dan inovasi daripada penyelidik-penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memukau pengunjung FOI. Lebih istimewa, KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyerikan majlis sementara kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup FOI 2025.
Para penyelidik UPSI mempamerkan pelbagai hasil penyelidikan yang membanggakan universiti dan negara, menunjukkan keupayaan mereka dalam mencipta inovasi yang relevan dan bermpak tinggi. Menteri Pendidikan Tinggi, YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir, turut hadir memberikan sokongan dan dorongan kepada semua pempamer dan peserta FOI 2025.

Turut memberikan sokongan penuh ialah Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff serta Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Suriani binti Abu Bakar, menandakan komitmen universiti dalam memacu penyelidikan dan inovasi ke tahap lebih tinggi.

Acara ini bukan sahaja menonjolkan kehebatan inovasi warga UPSI malah memperkukuhkan imej universiti sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan yang sentiasa mekar dengan idea-idea baru. Dengan aura semangat dan kreativiti yang membara, FOI 2025 sekali lagi membuktikan bahawa UPSI berada di antara barisan hadapan dalam inovasi dan pembangunan ilmu pengetahuan di peringkat negara dan global.




