Oleh: ChM Dr Yuhanis Mhd Bakri

Tanjong Malim, 23 Januari 2025 – Kementerian Pendidikan Tinggi telah menggariskan tujuh fokus utama pada tahun 2025 dan salah satu fokus iaitu Fokus 3: Pemindahan dan Perkongsian Ilmu.

Antara program untuk mencapai fokus tersebut adalah Program 2 Stackable Degree: Membentuk Sistem Pendidikan Fleksibel.

Selaras dengan itu, pada 23 Januari 2025, Aspirasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025 telah disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Timbalan-Timbalan Naib Canselor dengan memperkenalkan inisiatif BITARA UPSI 2.0 dalam usaha menjadi universiti peneraju kebitaraan dalam pendidikan di Malaysia dan peringkat global.

Bagi komponen A dalam BITARA 2.0 iaitu Adab, Akhlak dan Akademik, tujuh inisiatif telah ditetapkan. Antara perkara dalam inisiatif 6 iaitu Sistem Pendidikan Fleksible ialah memperkasa Micro-credential, Stand Alone Micro Credential dan Open Distance Learning di UPSI.

Seiring dengan halatuju Universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi, Pusat Pembangunan Akademik, UPSI telah menganjurkan Bengkel Micro-Credentials dan Self Instructed Materials Bagi Program Open Distance Learning di Dewan Sri Tanjong melibatkan hampir 50 orang pensyarah dan kakitangan pentadbiran akademik daripada pelbagai Fakulti dan Pusat Tanggungjawab.

Perkongsian telah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Ketua-ketua e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) merangkap Timbalan Pengarah, Center for Advancement in Digital and Flexible Learning (CDex), Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr Nurbiha A. Shukor.

Diharapkan usaha ini dapat membantu memperlihatkan komitmen UPSI dalam memenuhi permintaan dunia kerja yang semakin dinamik, menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan membolehkan pelajar membina laluan pengajian yang disesuaikan dengan keperluan peribadi dan professional.