Oleh: Cik Afifah Adriana Aznan

Tangkak, 19 April 2025 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya (MTMZA) meneruskan komitmen dalam menyantuni komuniti dengan menyerahkan sebanyak 800 naskhah al-Quran kepada sekolah-sekolah dan madrasah di sekitar Tangkak, Johor.

Penyerahan naskhah al-Quran yang melibatkan sembilan buah sekolah dan madrasah di sekitar Tangkak iaitu SMA Lughatul Quran, SMK Ledang, SMA Lughatil Arabiah, SK Seri Ma’amor, Madrasah Al Muhsinin, SK Abdullah, SMJK Pei Hwa, SK Parit Bunga, SK Sagil Kampong dan Maahad Tahfiz Alfath ini telah dilaksanakan di SMA Lughatul Quran.

Pengarah UCTC memberi ucapan aluan dalam majlis penyerahan al-Quran
Pengarah UCTC memberi ucapan aluan dalam majlis penyerahan al-Quran
Penyerahan al-Quran kepada para penerima

Pengarah UCTC, Prof. Dr. Mohd Azlan Nafiah, berkata program ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat di Tangkak kerana ini merupakan nilai yang terbesar berbanding pengagihan yang dilaksanakan sebelum ini.

Penyerahan al-Quran kepada para penerima
Penyerahan al-Quran kepada para penerima
Sesi loading al-Quran

“Sebelum ini, kita juga telah mengagihkan al-Quran di beberapa lokasi seperti di Perak, Melaka, Selangor serta sumbangan 200 naskhah al-Quran kepada madrasah di Selatan Thailand”.

“Program di Tangkak ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan UPSI dalam menyebarkan nilai-nilai murni dan memperkukuh ukhuwah melalui agihan al-Quran kepada pelbagai komuniti disamping menghargai usaha murni UPSI dan MTMZA dalam memperkukuh nilai-nilai keagamaan” ujarnya lagi.

Sesi bergambar kakitangan UPSI
Sesi bergambar bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Norkhalid Salimin sebelum bergerak ke Tangkak

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin, program ini bukan sekadar agihan fizikal, tetapi satu bentuk jihad ilmu dan rohani yang bertujuan melahirkan masyarakat celik al-Quran dan menjadikan kitab suci ini sebagai pedoman sepanjang hayat.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, dan berharap usaha seperti ini dapat diperluas ke daerah-daerah lain pada masa akan datang.