Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim, Prof. Madya Dr. Mazlini Adnan & Nur Aisyah Aswani Mohd Asri
Perjalanan ini adalah satu episod yang penuh makna dan mendebarkan. Di tengah gelombang perubahan global yang pesat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai sebuah institusi pendidikan terkemuka yang mengambil inisiatif berani untuk melangkaui batas-batas akademik tradisional ke taraf antarabangsa. Dalam usaha ini, Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim, pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dan Prof. Madya Dr. Mazlini Adnan, pensyarah Fakulti (FSM) bukan sahaja mempromosikan program-program akademik tetapi juga membina jalinan kerjasama yang kukuh dengan institusi pendidikan lain.
Keberanian Duta Kecil UPSI untuk mengembara ke Jakarta dan Solo mencerminkan aspirasi besar universiti ini untuk merangkul kelestarian, inovasi, dan pertukaran budaya. Dengan pelbagai aktiviti yang dirancang yang merangkumi penglibatan intelektual, perjalanan ini tidak hanya menjadi platform untuk memperkenalkan program-program menarik di UPSI, tetapi juga untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang akademik dan kelestarian pada masa yang akan datang.

Salah satu matlamat utama dalam perjalanan ini adalah sesi meja bulat yang berfokus pada promosi program pascasiswazah FSK dan FSM UPSI, terutamanya dalam program pesisir yang semakin mendapat perhatian global. Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim terlibat sebagai speaker forum ini berdiskusi bersama para akademik, pemikir, dan pelajar berkumpul untuk membincangkan isu-isu kritikal yang merangkumi pengurusan sumber pesisir, pemuliharaan biodiversiti, dan strategi mitigasi perubahan iklim. Dengan urutan perbincangan yang mendalam, peserta diberi peluang untuk membentangkan pandangan mereka tentang betapa pentingnya pendidikan dalam mencipta generasi yang peka terhadap isu-isu kelestarian. Ini bukan sahaja memperluas pemahaman tentang dinamika mesra alam tetapi juga menginspirasi pelajar untuk mengambil tanggungjawab aktif dalam pelestarian alam sekitar, yang merupakan elemen penting bagi kelangsungan hidup masyarakat global.

Di samping itu, kehadiran dua duta akademik tersohor, PM Dr. Mohd Hairy yang pakar dalam bidang geografi dan PM Dr. Mazlini yang mengkhusus dalam matematik, telah memberikan satu dimensi baru dalam acara ini melalui kuliah umum yang memberi kesan yang besar. PM Dr. Hairy, dengan gaya pengajaran yang memukau, menyampaikan hantaran tentang perubahan geografi yang menuntut perhatian, merungkai isu-isu seperti urbanisasi dan kesan sosial-ekonomi terhadap masyarakat, serta strategi adaptasi yang boleh dilaksanakan. Dalam sesi yang berasingan, PM Dr. Mazlini membawa kita melalui keindahan matematik dan bagaimana ilmu Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEAM) berperanan sebagai alat penting dalam menyelesaikan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pelajar, termasuk analisis data dan pengambilan keputusan yang berinformasi. Kedua-dua kuliah ini bukan sahaja menyuntik semangat pembelajaran, tetapi juga membuka minda generasi muda untuk memperluaskan ufuk ilmu ke arah yang lebih berkesan.

Dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan dua hala di antara kedua institusi, perbincangan mengenai kelestarian kerjasama antarabangsa menjelang tahun 2025 telah diangkat sebagai agenda utama yang sangat penting. Dalam sesi perbincangan ini, peserta-peserta terlibat dalam dialog yang konstruktif, bertukar-tukar idea dan pandangan tentang cara untuk membina jaringan kerjasama yang lebih luas dan inklusif antara institusi pendidikan di seluruh dunia. Fokus utama dalam perbincangan ini adalah kepada pertukaran pengetahuan dan sumber daya, di mana pelbagai inisiatif yang mungkin dicadangkan untuk mencapai sasaran kelestarian yang lebih komprehensif telah dibincangkan dengan teliti. Hasil daripada perbincangan ini menegaskan bahawa kerjasama yang mantap dan berkesan bukan hanya mampu mengatasi isu-isu setempat, tetapi juga menawarkan penyelesaian yang tahan lama dan relevan dalam skala global, dengan memastikan bahawa setiap pihak dapat saling menyokong dalam mencapai matlamat yang lebih besar.
Salah satu aspek yang sangat menarik dalam pertemuan ini adalah perbincangan yang meriah mengenai program mobiliti antarabangsa. Dalam dunia yang semakin terhubung, keperluan untuk menyediakan peluang kepada pelajar untuk menjalani pengalaman belajar di luar negara adalah lebih penting daripada sebelumnya. Dalam sesi ini, pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk memperluas jangkauan program mobiliti UPSI, termasuk kerjasama dengan universiti-universiti terkemuka di luar negara dan penyediaan dana untuk pelajar yang berhasrat untuk mengalami pembelajaran lintas budaya. Diskusi ini menegaskan bahawa pengalaman antarabangsa bukan sahaja memperkaya pengetahuan akademik, tetapi juga membentuk individu yang lebih berdaya saing dan berfikiran terbuka, yang sedia menghadapi cabaran global.

Dalam konteks yang lebih luas, usaha untuk mempromosikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) di Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (UHAMKA) merupakan suatu inisiatif yang berimpak besar. Duta Kecil UPSI telah mengambil langkah proaktif untuk mempromosikan UPSI dan bekerjasama dengan UHAMKA dalam memperkenalkan pendidikan tentang SDGs kepada mahasiswa. Melalui pelaksanaan program pendidikan dan kempen kesedaran, kedua-dua institusi berhasrat untuk membentuk mahasiswa yang bukan sahaja terdidik, tetapi juga mempunyai kesedaran sosial yang tinggi dan keupayaan untuk menjadi agen perubahan dalam masyarakat. Melalui pendidikan yang berorientasikan SDGs, UPSI dan UHAMKA berkomitmen untuk melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada penyelesaian isu-isu global, termasuk kemiskinan, ketaksamaan, dan perubahan iklim.
Secara keseluruhannya, keterlibatan Duta Kecil UPSI di Jakarta dan Solo melangkaui sekadar satu ekspedisi akademik ianya merupakan satu misi yang sarat dengan makna dan tanggungjawab sosial. Melalui pelbagai program dan sesi perbincangan yang dianjurkan, UPSI telah berhasil membuktikan bahwa pendidikan tinggi tidak terhad kepada pembelajaran di dalam bilik darjah semata-mata, tetapi juga melibatkan penyertaan aktif dalam usaha pelestarian alam, pembangunan masyarakat, dan kolaborasi antarabangsa. Dengan inisiatif ini, kita diharapkan untuk bersama-sama membina sebuah masa depan yang lebih berdaya saing, lestari, dan inklusif, demi kepentingan bersama dan kesejahteraan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
