Oleh: Nurul Afiqah Nabilah Amirullah
TANJONG MALIM, 9 April 2025- Kolej Awang Had Salleh (KAHS) UPSI menerima seramai 1,292 pelajar baharu bagi Sesi 2 2024/2025 dalam Program Pendaftaran Ijazah A242 yang berlangsung pada 5 dan 6 April 2025 di Dewan Kolej Harun Aminurrashid, UPSI.
Program anjuran Majlis Mahasiswa KAHS (MMKAHS) dengan kerjasama pentadbiran kolej ini melibatkan 25 orang jawatankuasa dan berjalan lancar dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang selama dua hari.
Meskipun cuaca tidak menentu, semangat dan komitmen tinggi ditunjukkan oleh semua pihak. Penambahbaikan seperti penambahan kaunter dan tempat duduk turut dilakukan bagi melancarkan proses pendaftaran.



“Sistem pendaftaran sangat membantu, terutama dengan kemudahan seperti kaunter cetakan dokumen,” ujar salah seorang pelajar.
“Program ini bukan sahaja memudahkan proses pendaftaran, tetapi juga memperkukuh kerjasama antara MMKAHS dan pentadbiran KAHS. Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu dan semoga terus cemerlang di UPSI”.