oleh: Mohammad Rashdan

Tanjong Malim, 15 Disember 2024  – Sempena sambutan Bulan Integriti Nasional, Exco Perpaduan dan Integrasi Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid Sidang 2024/2025 telah menganjurkan Kempen No Gift Policy: Integriti Dalam Tindakan  yang berlangsung pada 19 November 2024 sehingga 15 Disember 2025 yang lalu.

Kesunyian Dewan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) beralih menjadi riuh-rendah dengan kehadiran Penolong Kanan Pesuruhjaya, Razali Khamis, Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak, Tn Hji. Rahman Mohd Din selaku Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) dan juga Penolong Pendaftaran Unit Integriti UPSI ,Puan Noraini Sapuan dan lain-lain.

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya rasuah dan cara-cara untuk menolaknya dalam kalangan mahasiswa IPTA  mahupun mahasiswa IPTS serta orang awam yang lain.

Terdapat tiga sub-program yang dijalankan sepanjang kempen iaitu Pertandingan Poster Designing Through Integrity yang mencatat penyertaan seramai 250 orang, KHAR Colosseum, dan Medium Wacana.

Telah berlangsung beberapa aktiviti bagi sub-program KHAR Colosseum yang bertempat di padang KHAR yang merangkumi aktiviti senamrobik, HAKKA, bola beracun, boling kelapa, Kabaddi, dan  tarik tali.

Pemenang keseluruhan bagi sub-program ini dirangkul oleh kumpulan dari Blok Kediaman 1 dengan mata keseluruhan sebanyak 20. Kumpulan ini telah menjuarai kesemua acara yang dipertandingkan di dalam sub-program KHAR Colosseum.

Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menerapkan semangat perpaduan dalam mahasiswa yang berbilang bangsa dan kaum. Aktiviti ini telah mencatat kehadiran peserta seramai 200 orang dan anggaran penonton seramai 250 orang termasuk AJK program.

Wacana Intelek yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Tn. Razali Khamis mengandungi beberapa slot yang terdiri daripada  slot diskusi rasuah iaitu “Rasuah vs Hadiah” yang dihadiri oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Integriti.

Mereka telah membahaskan isu berkenaan tahap integriti pada diri mahasiswa dalam penggunaan aplikasi ChatGPT secara berlebihan dan lain-lain. Kehadiran penonton bagi diskusi ini mencatatkan angka seramai 250 orang daripada kalangan mahasiswa-mahasiswi UPSI sendiri.

Dalam diskusi berkenaan, Panel pertama iaitu Tn. Haji. Rahman Bin Mohd Din telah mengeluarkan buah fikirannya berkenaan tindakan penerima rasuah.

“Manusia diberikan akal fikiran untuk berfikir, maka hendaklah manusia berfikir sebelum bertindak. Rasuah bukan nilai dari amaun kecil atau besar, tetapi ianya datang daripada tindakan itu sendiri.” Ucap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) itu.

Manakala bagi Panel yang kedua, Tn Razali Khamis, ucapan beliau menyentuh lebih kepada kes-kes rasuah dan juga prosedur pengendalian kes dibawah bidang tugas SPRM.

Bagi Panel ketiga iaitu Pn Noraini Binti Sapuan yang didatangkan daripada Unit Integriti UPSI, memberikan kata-katanya berkenaan langkah bagaimana universiti dapat mewujudkan modul integriti sebagai salah satu subjek elektif  dan bagaimana subjek itu perlu diambil bermula tahun 2024.

“Besarlah harapan saya kepada semua agar bersama-sama dengan kerajaan dalam mencegah segala bentuk rasuah dalam negara ini.

“Saya percaya bahawa dengan wujudnya integrasi antara belia dan kerajaan, dapat merealisasikan objektif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.” Ucap Pesuruhjaya Timbalan Pengarah (Pencegahan) Rasuah (SPRM).

Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah juga, pada masa yang sama turut menzahirkan rasa bangga beliau kerana kempen ini telah berjalan dengan jayanya.

“Saya amat bangga melihat kesungguhan setiap pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dan saya juga berharap agar program ini dapat menjadi titik permulaan bagi mahasiswa-mahasiswi untuk menjadi insan yang lebih berintegriti tidak hanya di dalam universiti malah di luar universiti juga.” ucap Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah selaku Penaung Program No Gift Policy.

Penasihat Program, Dr. Maskanatul Fiqiyah, menyatakan bahawa salah satu objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan budaya akhlak karimah seperti ketelusan, kejujuran, dan integriti dalam setiap tindakan.

Beliau menekankan bahawa akhlak adalah lebih utama berbanding ilmu, kerana ilmu tanpa akhlak boleh membawa kepada keburukan.

Sebagai contoh, apabila seseorang itu berilmu tetapi tidak mempunyai akhlak, ia boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat, seperti yang berlaku pada pandemik COVID-19.

Meskipun ramai yang berilmu, tetapi disebabkan oleh sikap yang tidak bermoral, virus COVID-19 yang dicipta oleh manusia telah menyebabkan kehancuran.

Beliau juga memberi contoh, sekiranya seorang pelajar jujur, dia akan menghasilkan poster untuk pertandingan secara sendiri, dan apabila membuat tugasan, dia tidak akan sekadar menyalin dan menampal dari sumber seperti ChatGPT.

Jika kebaikan dan akhlak ini dibudayakan, ia akan menghasilkan integriti yang kukuh pada masa hadapan. Seorang individu yang berintegriti tidak akan mudah terpengaruh dengan rasuah, hadiah, atau bentuk dorongan yang tidak wajar.

Pengarah program, Nurul Fara Syaheila Md Yusof meletakkan harapan tinggi pada pelaksanaan program ini.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah memberi sumbangan sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga yang telah dicurahkan ke atas pelaksanaan program ini.” ucap Pengarah Program.

Pengarah Program berharap program ini dapat membangkitkan kesedaran tentang isu rasuah dan kesannya terhadap masyarakat setempat.

Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah juga pada masa yang sama turut menzahirkan rasa bangga beliau kerana kempen ini telah berjalan dengan jayanya.

“Saya amat bangga melihat kesungguhan setiap pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dan saya juga berharap agar program ini dapat menjadi titik permulaan bagi seluruh mahasiswa untuk menjadi insan yang lebih berintegriti tidak hanya di dalam universiti malah di luar universiti juga.” ucap Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah selaku Penaung Program No Gift Policy.

Secara keseluruhannya, Program No Gift Policy: Integriti Dalam Tindakan ini bukan sahaja diadakan untuk meningkatkan lagi nilai integriti setiap peserta, namun ianya juga diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara penduduk kolej kediaman di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang memberikan Kerjasama terutamanya persatuan – persatuan dalaman UPSI sendiri, seperti Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) UPSI, Sekteriat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) UPSI, dan juga M@JOR UPSI dalam menjayakan program ini.

Semoga program ini menjadi batu impak kepada setiap mahasiswa bukan Sahaja di UPSI namun luar UPSI juga dalam mencegah segala perbuatan rasuah yang tidak berintegriti.